Di dalam kumpulan trio adik beradik KRU, Yusry memang paling menjadi perhatian. Sama ada sejak dia masih solo ataupun sehingga kini sejak bergelar duda hot.
Kalau tak silap, Sasha Elite adalah wanita pertama yang dikaitkan dengan Yusry. Mereka pernah muncul di dalam sebuah majalah ketika salah seorang sedang menjalani latihan untuk persembahan.
Waktu Sasha hangat digosipkan dengan Yusry, ada juga timbul desas desus yang mengatakan salah seorang penyanyi yang bernaung di bawah KRU, iaitu Juliana Banos juga pernah dikaitkan dengan jejaka 'Hot' ini.
Sasha bukan, Juliana Banos pun bukan. Akhirnya Yusry memilih Erra Fazira sebagai pasangan hidupnya. Mereka disatukan pada 15 Jun 2003.
Tiga tahun melayari bahtera rumah tangga. Pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.
Selepas bercerai, Yusry pernah dikatakan intim dengan Ummi Nazeera apabila mereka sama-sama terbabit dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Selepas reda gosip cinta dengan Ummi, Yusry dikaitkan pula dengan Maya Karin iaitu setelah rumah tangga pelakon jelita itu turut dilanda badai selepas lebih setahun berkahwin.
Tidak terhenti setakat itu, nama anak dara Rohana Jalil, Kilafairy pula disebut-sebut intim dengan Yusry setelah sama-sama terbabit dalam filem Karak. Namun gosip itu juga bagai angin lalu, akhirnya siapakah wanita bertuah yang bertakhta di hati Yusry terjawab. Dia akhirnya intim dengan Lisa Surihani sejak beberapa bulan lalu.
Walaupun usia percintaan tak sampai setahun, tapi diorang dah nekad nak mengakhiri hubungan suci mereka dengan pernikahan. Desas desus mereka akan kahwin tahun depan sudah bertiup kencang, tapi Lisa tak berani bersuara. Dia menyerahkan kepada Yusry untuk buat pengumuman.