nuffnang ads

Sunday 25 December 2011

LISA SURIHANI - YUSRY NIKAH 23 FEBRUARI

Yusry - Lisa hadir sedondon pada majlis sidang media

Sekarang ini dah semacam satu trend kepada artis tempatan mengadakan majlis pengumuman perkahwinan. 
Sebelum-sebelum ini, tak pernah pun ada majlis-majlis macam ini. 
Hantar sajalah kad undangan, bukankah lebih senang.
Anyway, ini antara beberapa kenyataan mengenai perkahwinan Lisa dan Yusry.

*Yusry, 38, dan Lisa, 25, memilih tarikh 23 Februari untuk bernikah. 

*Mereka akan bernikah di Masjid Sultan Mizan, Persint 2 atau pun dipanggil Masjid Besi.

*Majlis resepsi pula akan diadakan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


*Keluarga Yusry datang merisik Lisa secara rasmi sehari sebelum majlis pengumuman diadakan.

*Mereka berkenalan melalui Blackberry Messanger. Selepas setahun berhubung melalui maya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkawan secara serius.

*Yusry yang pernah berkahwin dengan Erra Fazira, menduda sejak 2006.

Thursday 22 December 2011

KE MANA MENGHILANGNYA TIZ ZAQYAH?


Selepas drama bersiri Saffiya, nama Tiq Zaqyah seakan-akan tenggelam. Walhal selepas Nur Kasih, namanya dalam industri mencanak-canak naik.
Tak tahulah sekiranya dia memang banyak projek dan sibuk shooting sehingga jarang keluar di media massa.
Nak diikutkan, namanya terlebih dulu menyerlah daripada Tasha Shila tapi nampaknya nama Tasha Shila pula yang lebih melonjak-lonjak sekarang ini.

KEK KAHWIN EZLYNN - ADAM PALING MAHAL


Jika sebelum ini majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey dikatakan perkahwinan paling mahal sehingga digelar Wedding Of The Year kerana bernilai RM 12 juta.

Persandingan Ezlynn dan Adam yang juga ditaja oleh sebuah syarikat hiasan mutiara juga dikatakan akan melakar sejarah. Pada majlis yang berkonsepkan Sepanyol Di Musim Luruh pada 11 Januari nanti sebuah kek paling mahal dalam sejarah perkahwinan di Malaysia akan dipersembahkan kepada tetamu. Kek berkenaan juga akan dihiasi dengan mutiara.

Kenapalah syarikat hiasan mutiara itu suka mendakwa majlis yang ditaja mesti melakar sejarah. Entah iya atau tidak nilai yang disebutkan. Silap-silap haribulan, mereka main letak harga supaya orang yang tak tahu menahu berasa kagum.

Lagi satu kenapalah artis kita yang ditaja terikut-ikut sangat dengan perkahwinan ala barat. Walaupun ditaja, tak salah rasanya jika majlis itu diadakan dalam penuh adat istiadat Melayu. Apa low class sangat ke jika majlis yang diadakan mengikut ada budaya kita?

Wednesday 21 December 2011

FAKTA CINTA FASHA aka Gugurl!


* Fasha membuat pengakuan dia dan Jejai saling mengenali sejak tujuh tahun dulu. Iaitu sebelum Jejai dan Nora Danish berkahwin dan kemudian bercerai.

* Dia pernah membuat pengakuan, Jejai bukan rakan sebaliknya seorang yang lebih layak dipanggil sahabat kerana katanya sahabat sukar dicari.


* Mei 2010, Jejai membuat kejutan buat Fasha apabila datang ke lokasi penggambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu dengan menaiki helikopter.

* Pada Julai 2010,  ketika majlis pelancaran drama Duyung Aridinata, Fasha mencuri 'lime light' pelakon lain apabila mengumumkan Jejai menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka.

* Fasha turut mendedahkan, mereka sudah menetapkan akan berkahwin dalam tempoh kurang setahun.


* Januari 2011, Fasha sekali lagi menggegarkan industri hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan lelaki bernama Toh Muda Rizal Ashram.

* Tidak lama selepas itu, gosip bertebaran mengatakan Jejai menghantar 28 jambangan bunga dan barangan mewah untuk memujuk hati Fasha.

* Kini timbul satu lagi desas desus mengatakan mereka akhirnya bakal disatukan pada 28 Mac 2012 selepas tersebarnya gambar mencuba gaun pengantin.

Monday 19 December 2011

FASHA SANDHA BERTEKA TEKI


Tahniah kepada Fasha Sandha kerana bakal bergelar isteri kepada Jejai. Pelakon itu masih bermain tarik tali apabila ditanya mengenai tarikh perkahwinannya.
Jika benar Fasha memilih bulan Mac untuk disatukan, harap-harap tidaklah bertembung dengan majlis Scha dan Awal!

Sunday 18 December 2011

RUMAH TANGGA EIRA SYAZIRA - AZAD JASMIN GOYAH?


Baru 3 bulan berkahwin, rumahtangga Eira Syazira dan Azad Jasmin dikatakan mula goyah. Dalam Berita Minggu hari ini, Eira kata dakwaan mengatakan rumahtangganya goyang sebagai FITNAH KEJAM!


"Kenapa ada manusia yang begitu kejam menyebarkan berita tidak benar tanpa terlebih dulu meminta penjelasan daripada saya dan suami?

"Demi Allah, rumah tangga kami bahagia dan tiada masalah. Bagaimana cerita kami berpisah boleh timbul?


Agak terkejut dengan khabar diperkatakan itu, Eira berharap orang ramai tidak membuta tuli mempercayai goisp itu kerana ia tidak pernah berlaku. Dia tidak menafikan ada pihak kurang senang dengan pernikahan mereka sehingga sanggup menyebarkan berita itu.


"Tiga tahun kami bercinta, saya kenal siapa Azad Jasmin yang sebenar. Tidak mungkin saya memperjudikan masa depan untuk dimusnahkan hanya kerana terlalu cintakan seorang lelaki. 

"Perwatakan Azad memang kasar dan sedikit lantang tetapi dia seorang yang menyenangkan saya. 

"Saya mempercayai suami saya. Orang luar boleh membuat apa saja andaian, namun selagi tidak disertakan dengan bukti. Maaf saya tidak akan mempercayainya.


AMY SEARCH & FESYEN

Dalam bab berfesyen kita kena 'salute' dengan penyanyi rock Amy Search. Dalam soal bergaya, Amy tahu apa yang sesuai dan tidak untuknya. Jom kita tengok antara paparan fesyen penyanyi yang sudah pun bercucu ini.








Tuesday 13 December 2011

MAWI DAH MULA SEDAR DIRI


Tajuk akhbar Berita Minggu mengenai Mawi boleh mengundang simpati.
Tapi mungkin ini satu peringatan buat bekas Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini supaya lebih beringat selepas ini.
Waktu sedang popular dulu, Mawi tak cukup sifat rendah dirinya. Ketika mula-mula namanya merudum, Mawi masih lagi bersikap angkuh. Dia tak pernah rasa popularitinya merudum.
Dalam segala hal, sikap merendah diri amat penting. Cuba tengok, ramai artis-artis yang berlagak selalunya tak bertahan lama dalam industri.
Biasanya artis-artis yang 'humble' akan bertahan lama. Dulu Mawi tak mesra media, sekarang baru dia sedar betapa penting sebenarnya peranan sesebuah media.

SHAHEIZY SAM VS JOHNNY DEPP

Sama ada kebetulan atau sememangnya aktor hebat Hollywood, Johnny Depp adalah idola Shaheizy Sam. 
Kalau diperhatikan gaya Sam sejak akhir-akhir ini saling tak tumpah macam Depp. 
Tak kisahlah meniru atau tidak, sama-sama kita lihat


Gaya Johnny Depp




Gaya Sam Pula











Sunday 4 December 2011

SUAMI RAJA AZMI ADA PEREMPUAN LAIN


Pengakuan berani mati wanita bernama Zaleha: "Saya, Jailani ada hubungan istimewa," adalah kisah paling hot untuk minggu ini.
Macam manalah agaknya keadaan penerbit filem sensasi Raja Azmi dengan pengakuan Zaleha, wanita kaya berstatus ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak itu


"Saya akui sayalah wanita yang dimaksudkan sering bersama Jailani termasuk ketika di KLIA.

"Saya dan Jailani rapat, hubungan kami pada tahap serius. Selain rakan kongsi, Jailani juga adalah penasihat syarikat saya, Kejuruteraan Lebar Cahaya Sdn Bhd yang mengendalikan projek kerajaan.

"Saya akui saya sering bersama Jailani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jailani. Anak-anak, keluarga dan teman mengetahui hubungan kami, malah saya dan Jailani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi. Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi.



"Saya dan Jailani saling menyayangi tetapi kami tidak sesekali mengenepikan Raja Azmi.

"Saya tidak kekok atau malu bersama dengan Jailani dan Raja Azmi. Kami berkongsi kasih sayang. Lagipun ke mana saya dan Jailani pergi, Raja Azmi tahu.



"Raja Azmi pernah berkata pada saya, ada tiga perkara yang menyebabkannya mengenang jasa saya. Dia tidak akan lupa bagaimana saya menyelamatkan rumah tangganya dulu.



"Selain itu, ketika saya mengerjakan umrah di Makkah, Jailani menghubungi saya dan meminta bantuan menjamin untuk melepaskan Raja Azmi ditahan di lokap polis. Hilang segan, hilang malu dia meminta bantuan saya"

HAFIZ AF ADA KEKASIH BARU?

SITI SARAH - SHUIB DAPAT ANAK LELAKI



Tahniah buat Shuib Sepah dan Siti Sarah kerana telah selamat menjadi ibu dan ayah. Selamat menjalani kehidupan indah dalam dunia keibu bapaan.
Pasangan ini dikatakan mendapat cahaya mata lelaki. Nanti kami cuba dapatkan gambar buah hati terbaru mereka.

SHILA AMZAH - SHARNAAZ NAK KAHWIN?

Petikan dari akhbar Kosmo Ahad

GOSIP percintaan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad, 26, dengan pelantun Patah Seribu, Shila Amzah, 21, semakin kencang bermain di bibir ramai. Bermula daripada kerjasama menghasilkan klip video single Patah Seribu, hubungan dan kemesraan mereka semakin terserlah.
Kerap kali mereka dilihat bersama bahkan pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2010, mereka juga hadir berpasangan. Kepada pengikut Sharnaaz dan Shila di laman sosial Twitter, kemesraan dua selebriti ini bukan satu rahsia. Luahan rindu, sayang serta panggilan 'anja' antara mereka berdua mudah mengiakan sangkaan bahawa anak sulung ND Lala itu sedang menganyam cinta bersama aktor kelahiran Georgetown, Pulau Pinang.
"Kami memang rapat tetapi untuk bercinta mungkin belum masanya kerana saya ada sasaran, mungkin empat atau lima tahun lagi baru saya akan sedia untuk memikirkan soal perkahwinan," 
Tidak adil untuk Shila, jawapan Sharnaaz yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bicara Cinta, mungkin mampu menjelaskan situasi sebenar. Secara budiman akui Sharnaaz, cinta yang diperkatakan itu belum berbunga namun seperti Shila, Sharnaaz mengiakan mereka kini dalam status sahabat baik.
SENSASI BINTANG: Makin kuat gosip percintaan kalian, benarkah sedang bercinta dengan Shila?
SHARNAAZ: Memang tidak bercinta tapi kami memang rapat. Saya selesa sebab dia jenis gila-gila macam saya juga, kami tak perlu nak 'kontrol-kontrol' bila bersembang.
Pernah keluar berdua?
Tak pernah, langsung tak pernah. Saya takut nanti kena belasah dengan ayah Shila. Saya masih hormatkan orang tua Shila, setakat ini belum pernah kami keluar berdua, kalau berjumpa selalunya Shila ditemani ibu atau adik lelakinya. Saya memang rapat dengan ahli keluarga termasuklah bapanya, mungkin kalau dibenarkan ayahnya, suatu hari nanti mungkin kami pun akan keluar bersama.
Kenapa begitu tertarik mahu bersahabat dengan Shila?
Saya anggap Shila anak seni yang serius dengan kerja seninya, saya suka cara dia bekerja. Biarpun muda, tapi kematangannya mengatasi usia.
Apa panggilan terhadap Shila?
Saya panggil dia dengan panggilan 'anja', memang sejak dulu lagi saya panggil Shila 'anja' sebab karakternya yang manja-manja. Dia pun panggil saya anja juga.
Mula kenal Shila sebenarnya sejak bila?
Rasanya sudah setahun lebih, sebelum kami buat klip video bersama, saya dipertemukan dengan Shila dalam satu fotografi untuk majalah Mangga. Dari situ mulai baik sampailah Shila hubungi saya untuk projek klip video Patah Seribu.
Ada apa-apa perancangan bersama?
Sebenarnya kami tengah bekerjasama untuk sebuah projek, projek apa kena tunggu. Saya belum umumkan lagi. Apa yang pasti, bukan projek duet sebab saya tak pandai menyanyi macam Shila.

IZARA AISHAH BERCINTA DENGAN ANAK USAHAWAN PERMOTORAN


Bertuahnya badan jika dikurniakan wajah yang cantik, sama seperti pelakon yang sedang meningkat naik, Izara Aishah. Difahamkan, Izara kini sedang hangat bercinta dengan anak kepada usahawan permotoran yang kaya raya. Nampaknya bertambah seorang lagi artis dalam keluarga usahawan itu. Mereka sekarang ini sedang dalam frasa bercinta, mungkin belum terfikir lagi untuk ke frasa yang lebih serius. Maklumlah masing-masing pun masih muda.

TIKET OMBAK RINDU SOLD OUT!


Sekalung tahniah diucapkan kepada team Ombak Rindu daripada penerbit, pengarah dan juga para pelakonnya.

Difahamkan pada hari pertama tayangan 1 Disember lalu, tiket Ombak Rindu 'sold out'! Wow! Ini sejarah untuk filem Melayu. Rasanya belum pernah ada mana-mana filem tempatan yang mendapat sambutan macam filem ini. Malah Ombak Rindu berjaya mengalahkan kutipan Twilight.


Tak tahulah siapa faktornya. Mungkin juga Aaron Aziz sebab dia ramai peminat. Atau Maya Karin? Mungkin juga Lisa Surihani. Bagaimanapun daripada maklum balas yang diterima. Filem ini memang best. Lakonan Aaron, Maya, Lisa dan Bront terbaik. Walaupun penulis novel asal tak suka dengan hasil filem ini.


Lakonan Aaron dan Maya memang hebat hingga menyentuh hati penonton. Siapa yang nak menonton Ombak Rindu kena sediakan tisu ya! Ramai meramalkan silap haribulan filem ini boleh menang besar Festival Filem Malaysia nanti. Boleh ke? Sama-sama kita tunggu dan lihat.




NORMAN - MEMEY HONEYMOON DI PARIS!


Hebat-hebat, silap hari bulan, Memey anak Felda Tenggaroh pertama yang berbulan madu di Paris. 
Menurut Memey pada majlis pelancaran Pameran Pakaian Pengantin di Muzium Negara, mereka akan berbulan madu di Paris selama seminggu pada Disember nanti. Iaitu sekembalinya dia daripada penggambaran drama yang diadakan di Sampoerna, Sabah.
Pada kesempatan itu, bolehlah mereka bercanda riang setelah lebih sebulan tak berjumpa. 
Seronok-seronok juga harap Norman Hakim tidak lupa nafkah anak-anak sudahlah.

Thursday 1 December 2011

GAMBER SEKITAR PELANCARAN PAKAIAN PENGANTIN

Memey Suhaiza

Izara Aishah

Tasha Sheila

Tasha Sheila dikerumuni peminat

Antara gambar artis di pameran pakaian pengantin

BAJU KAHWIN ARTIS DIPAMERKAN DI MUZIUM NEGARA

Bermula dari 26 November hingga 31 Disember, Muzium Negara mengadakan pameran baju perkahwinan dan busana digayakan beberapa artis tempatan yang bertatahkan berlian.
Antara baju perkahwinan artis yang dipamerkan ialah baju Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Memey Suhaiza dan Amber Chia.


Gaun Datuk Siti Nurhaliza
Rekaan: Khoon Hooi
Nilai: RM 300,000

Gaun Amber Chia
Rekaan: Khoon Hooi
Nilai: RM 180,000

Gaun Memey
Rekaan: Vera Wang
Nilai: RM 500,000

Baju Ning Baizura
Rekaan: Rizman Ruzaini
Nilai: RM 150,000

Gaun Amber Chia
Rekaan: Keith Kee
Nilai: RM 380,000

Gaun Memey
Rekaan: Pereka Rafflesia
Nilai: RM 500,000

Gaun Anita Sarawak
Rekaan: Khoon Hooi
Nilai: RM 180,000

Baju Pengapit Memey
Rekaan: Rifai
Nilai: RM 150,000