nuffnang ads

Saturday 12 November 2011

HATTAN NIKAH 11.11.11?

Kami mendapat info mengatakan penyanyi Hattan telah pun selamat bernikah semalam.
Bagaimanapun Hattan memang tidak mahu menghebahkan sangat mengenai majlis pernikahannya.
Apam-manis difahamkan mereka bernikah di kediaman keluarga Hattan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 
Wanita bertuah yang berjaya memikat hati Hattan bernama Fara. 
Tahniah kami ucapkan kepada Hattan. Baguslah lagi pun dah lama Hattan hidup menduda.




Selain Hattan, artis lain yang turut memilih tarikh 11.11.11 adalah Dira dan Eliza AF.


Dira dan Yusuf yang selamat diijabkabulkan semalam

Eliza AF juga memilih keunikkan tarikh 11.11.11 untuk bergelar isteri.

IZREEN AZMINDA ADA PACAR BARU?


Beberapa minggu lalu, kecoh bergegar sekejap dunia seni dengan kisah dua pelakon utama Juvana, Izreen Azminda dengan Johan As'ari yang bermasam muka kerana kedinginan perhubungan mereka.
Sorang kata begini, sorang kata begitu. Izreen kata Johan dah lama tak tanya khabarnya sejak berlakon dengan Fasha Sandha.

Kesian Fasha tak pasal-pasal pula dia dipersalahkan

Izreen siap dedahkan semua rahsia mereka termasuk janji Johan nak bertunang dengan dia.
Si Johan aka Botak aka Airil ni pulak, mati-matian tak mengaku mereka pernah menjalin hubungan cinta. Kalau tak bercinta kenapa pula ada panggilan sayang dan 'B'?
Whatever! Sebenarnya kami dapat tahu, Izreen yang satu ketika dulu pernah dikaitkan dengan Fizz Fairuz ini sebenarnya pasang dua ketika bersama dengan Johan. 
Kononnya selain Johan, ada seorang lagi krew bertakhta di hatinya. Amboi! Hebat sungguh Izreen, di sana menanti di sini menunggu. 
Bagaimanapun sejauh mana kesahihannya kenalah tanya Izreen sendiri.


TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWER PERTAMA KAMI YANNA YASSIN!

First of all kami di pihak apam-manis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yanna Yassin kerana menjadi follower pertama kami di twitter. 
Untuk itu dua keping tiket wayang menonton Immortals menjadi milik Yana, juga tiket menyaksikan Anugerah Industri Muzik (AIM).
Walau bagaimanapun jangan bimbang, kerana banyak lagi hadiah menarik bakal menanti pengunjung setia blog kami!



MUKA YANA YASSIN DARI SETAPAK YANG GEMBIRA 
BERSAMA TIKET WAYANG IMMORTALS. TERIMA KASIH YANA.



Friday 11 November 2011

PANAS MINGGU INI: PERANG BAPA - ANAK!

Minggu ini, surat khabar dan blog rancak memainkan dua kisah perang bapa dengan anak.
Datuk Chef Wan dan Amy Search, masing-masing disanjung ramai. Tapi malangnya anak masing-masing yang bergelar selebriti pula telah mencontengkan arang ke muka bapa mereka.


APA CERITA CHEF RIZ ?
---------------------------------



Anak sulung Chef Wan ini membuat tindakan bodoh apabila memalsukan pengalaman kerjanya dalam butiran profil kelayakan semata-mata mahu terpilih menjadi salah seorang juri program Masterchef. 
Abang Serina ini mendakwa dia pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu Chef de Cruisine di Babbo dan Sous Chef di Le Bernardin.
Chef Wan memang tak tahu mana nak letak muka, dia minta anaknya mohon maaf pada orang ramai. Tapi dia sempat juga memadankan muka anaknya, mungkin sebab terlalu marah.

GAMBAR BERCIUM NABILA HUDA
------------------------------------------------

Satu lagi isu panas minggu ini adalah mengenai gambar Nabila Huda bercium dengan jurulatih selam di Tioman.
Bapanya Amy Search memang jelas sekali kecewa dengan tindakan tidak menggunakan otak anaknya. 
Manalah Amy tak frust, nanti orang kata, dia tak pandai jaga anak. Sudahlah dia sekarang mahu berubah ke arah baik.Tentulah Amy segan apabila kelakuan tidak senonoh Nabila tersebar meluas.


BUKAN WANITA DAN ISTERI SEMPURNA - NABILA HUDA


NABILA TAK FIKIR KAHWIN LAGI

Dalam kenyataan kepada Kosmo bertarikh 9 November, Nabila Huda berkata tidak mahu 'membogelkan' punca keretakkan rumah tangganya. Nabila berkata dia mungkin bukan isteri sempurna. 

"Eddy adalah seorang lelaki yang baik, mungkin saya sahaja bukan seorang wanita dan isteri yang sempurna. Jujur saya katakan, saya tidak mahu menjadi isteri derhaka yang sentiasa ada perasaan marah atau kurang puas hati terhadap suami. Daripada sering bertengkar tentang isu berbangkit, saya nekad minta dilepaskan,"



Buat masa ini kata Nabila, dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana mahu menunaikan beberapa impian yang selama ini terhalang.

"Saya kini hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya dan mahu melaksanakan impian saya yang selama ini tidak terlaksana seperti melancong, atau melakukan sukan kegemaran saya, menyelam"

"Buat masa ini, cinta memang tiada. Tapi cinta saya hanya pada anak dan kerjaya"



JOM TONTON BADAI SEMALAM DI ISTANA BUDAYA

Dengar ceritanya, teater Badai Semalam bakal meletup kebabom. Bukan sebab teater tulisan asal Khadijah Hashim itu dibarisi artis popular tetapi sebab pelakon yang membarisi teater itu semuanya berbakat belaka seperti Erra Fazira, Umie Aida, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Jasmin Hamid dan Emelda Rosmila.
Banyak adegan air mata yang dapat disaksikan pada pementasan itu nanti. Jadi sediakan tisu banyak-banyak.


Info Badai Semalam

* Dipentaskan dari 11 hingga 20 November ini di Panggung Sari, 

Istana Budaya


* Pelakon yang terbabit ialah Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, 

Fizz Fairuz, Ziela

Jalil, Jasmin Hamid, Emelda Rosmila dan ramai lagi.

* Tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM70, RM100, RM150 

dan RM300. 

* Untuk maklumat lanjut 

mengenai teater Badai Semalam, Cinta, Cita-Cita dan 


Pengorbanan boleh hubungi box-office (03-40265558) atau layari 



AMY SEARCH LUAH PERASAAN DI TWITTER




Rupa-rupanya selepas dikerumuni media yang sibuk bertanyakan hal Nabila Huda, beberapa jam berikutnya Amy membuat luahan yang ringkas tetapi sinikal di twitternya @AkuAmy Search. 
Malah dia turut twitt menantunya @eddieghiller
Kami difahamkan, Amy tak setuju Nabila dan Eddie bercerai kerana Eddie adalah menantu yang baik. Tapi jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Kita merancang, tuhan menentukan

"SAYANG 200 PERATUS"- BEKAS SUAMI NABILA HUDA

Harian Metro bertarikh 10 November berjaya mendapatkan kenyataan daripada bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani. Kenyataan daripada Zaidy atau Eddie memang cukup menusuk jiwa. Ikuti antara petikan penting kata-kata Eddie.



Mulia sungguh hati Eddie kerana sanggup menerima Nabila Huda semula walaupun bekas isterinya itu kantoi bercium dengan lelaki lain

"Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimannya dengan hati terbuka,"

Ditanya sama ada dia sudah melihat gambar bercium yang tersebar meluas. Ini kenyataan Eddie

"Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,"

Menurut Eddie, selepas bercerai secara rasmi pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih semua urusan menjaga anak mereka Keisha Laila.

"Setiap pagi saya akan menghantar Laila ke rumah ibu di Klang dan petang saya akan membawanya pulang ke rumah saya di Damansara. Waktu malam pula masa dihabiskan hanya bersama Laila, begitulah rutin saya,"

Mithali sungguh bekas menantu Amy Search ini. Banyak-banyaklah bersabar dan tabahkan hati Eddie. Mungkin tuhan sudah menyusun sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.


Thursday 10 November 2011

FOTO PRA PERKAHWINAN PENGACARA MELODI - DIRA ABU ZAHAR

Dira Abu Zahar dan Helmi Yusof memilih tarikh yang cukup istimewa 11.11.11 untuk disatukan.
Dibawah ini beberapa keping foto pra perkahwinan mereka yang dirakam oleh IHSAN IMAGE CREATIVE STUDIOS.








TIKET WAYANG IMMORTALS UNTUK DIMENANGI


Enam keping tiket wayang Immortals lakonan Henry Cavill, Mickey Rourke dan John Hurt untuk dimenangi.
Caranya mudah saja, emel kepada kami di apammanis2011@ gmail.com maklumat peribadi anda seperti nama dan nombor telefon. Penghantar emel paling awal bakal menerima tiket wayang Immortals.

Tempat: MBO Subang Parade
Tarikh: 12 November 2011
Waktu: 10.30 Pagi


Wednesday 9 November 2011

AMY SEARCH TERKEJUT TENGOK GAMBAR NABILA HUDA BERCIUM


Rupa-rupanya Amy Search tak tahu menahu langsung pasal gambar Nabila Huda yang kantoi bercium sedang tersebar meluas di internet setelah program Galaksi melaporkan cerita itu Jumaat lalu. 
Kata Amy, tiada siapa menyampaikan cerita itu padanya. Sebab itu dia tidak tahu. Selepas mengetahui cerita itu, Amy sangat terkejut. Mungkin dia tak sangka Nabila berani bertindak sebegitu. 
Bagaimanpun muka Amy nampak tenang, cuma dia minta Nabila jangan larikan diri dan nasihatkan anaknya supaya berdepan dengan kesilapan yang dia lakukan.

Saat bahagia Nabila dan Zaidi disamping Keisha yang hanya tinggal kenangan

Amy juga minta Nabila supaya jaga namanya agar kerjaya lakonannya tidak terjejas di samping jaga air muka anaknya Keisha Laila.
Amy memang terkejut sebab katanya, Nabila selalu bagi alasan sibuk shooting. Tetapi sebenarnya dia sempat bercuti dengan rakan-rakannya.

HUBUNGAN ZUL - ABBY CONFIRM TERLERAI?


 zul ariffin 

Tarik Tali? Naa I'm the guy who potong the tali

Hmmmm... ketika berjalan-jalan di laman twitter, kami terjumpa kenyataan ini daripada twitter Zul Ariffin. Status ini baru dipos oleh Zul. Adakah Zul nak beritahu yang dia dah confirm tak ada apa-apa lagi dengan Abby?



ZUL MASIH SAYANG ABBY ABADI

Sepanjang minggu lalu kisah percintaan janda beranak tiga Abby Abadi dengan anak teruna Zul Ariffin yang kecundang di tengah jalan jadi bualan hebat sana sini.
Percintaan yang tidak berakhir ke jenjang pelamin itu dihebahkan Abby sendiri menerusi blognya.
Hujung minggu lalu pula, dua akhbar perdana Berita Minggu dan Mingguan Malaysia sama-sama memaparkan kisah pasangan ini. Berita Minggu berjaya mendapatkan kenyataan dari Zul manakala Mingguan Malaysia pula menyiarkan kenyataan di pihak Abby.


Dalam kenyataannya kepada Berita Minggu, Zul mendedahkan dia tidak suka dengan cara Abby yang suka berkongsi cerita peribadinya di blog.

"Saya sukakan privasi dan tak nak bikin kecoh. Saya memang tak setuju cara dia meluahkan dalam blog. Hakikatnya orang di luar sana tidak tahu gambaran sebenar dan pantas jatuh hukum meletakkan persepsi itu dan ini."

Apabila ditanya pula perasaannya terhadap Abby. Ini kenyataan Zul mengenai Abby.

"Kalau tak sayang, hubungan kami takkan sampai ke tahap ini. Cuma saya lebih suka kalau ada masalah dalam sesebuah perhubungan, lebih afdal dibawa berbincang. Saya memang sayangkan hubungan ini cuma pada akhirnya tipulah kalau ada antara kita yang tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang kita perlu ada masa untuk diri sendiri,"


Dalam kenyataan Abby Abadi kepada Mingguan Malaysia menerusi sisipan Pancaindera Abby pula memberitahu hubungan mereka sebenarnya masih tergantung.

Ditanya tentang status hubungan Abby dengan Zul, wanita ini mengatakan dia selesa dengan istilah 'tergantung'.
"Biarlah orang tahu yang kami ini berkawan dan saling berhubung antara satu sama lain,"

Bagaimanapun sepanjang tiga tahun berkawan, Abby mengaku Zul banyak menggembirakan hidupnya.Cuma dia kecewa kerana tak nampak usaha Zul untuk mencarinya.

“Saya berani cakap bahawa Zul banyak menggembirakan saya sepanjang tiga tahun kami bersama. Dia pendengar setia terutama ketika saya berdepan dengan situasi ‘sakitnya dikhianati’.

“Mungkin dalam keadaan saya yang tak nampak apa yang berlaku pada masa depan, tanpa disengajakan saya mencoretkan apa yang bermain dalam fikiran saya di blog.

“Setelah tiga minggu kami tidak berjumpa dan saya sendiri tak nampak sebarang usaha daripada dia untuk mencari saya. Iyalah, masing-masing sibuk dengan kerja dan membuatkan saya rasa semakin terpinggir.

“Inilah masa paling kritikal. Kami diduga dalam hubungan ini sebab sebelum ini tak pernah berpisah lama. Biasanya, selang sehari, pasti bertentang mata. Jadi bila berlaku jurang itu dan dengan tidak sengaja saya telah melakukan kesilapan,” 

Tuesday 8 November 2011

KAD KAHWIN DIRA ABU ZAHAR & HELMI ALA CLAPBOARD!

DIRA & HELMI 11.11.11


Bahagian Depan Kad

Persandingan pengacara Melod, Dira Abu Zahar dan jejaka pilihan nya Helmi Yusof kian menghampiri.
Tanggal 11.11.11 ini pasangan itu bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Manakala pada 13.11.11 pula majlis resipsi pula akan diadakan.


Bahagian Belakang Kad

Kad undangan perkahwinan mereka memang cukup unik. Mungkin mahu disesuaikan dengan kerjayanya sebagai pelakon, Dira memilih kad bertemakan clapboard!

Dira mengenali Mohd Helmi sejak setahun lalu ketika sama-sama terbabit dalam telefilem SMS (Salah Mesej Suami). Mohd Helmi sebelum ini pernah bertunang dengan Nasha Aziz pada tahun 2006. Tetapi hubungan itu tidak berpanjangan.

DUA KEPING TIKET AIM 18 UNTUK DIREBUT!


Siapa yang teringin nak menonton Anugerah Industri Muzik (AIM 18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu ni. Apam Manis nak memberi hadiah dua keping tiket ke AIM 18. Caranya mudah saja, jadi follower pertama kami di twitter @apam_manis, dua keping tiket ke AIM 18 akan jadi milik anda! Senangkan? Jadi apa tunggu lagi! Cepatlah follow kami di twitter! Pemenang akan kami hubungi nanti.

KEDUDUKAN SITI NURHALIZA GOYAH?

ALL YOUR LOVE TERJUAL LEBIH 40,000 UNIT


Nampaknya kedudukkan Siti Nurhaliza di dalam dunia seni suara masih lagi kukuh. Percubaan pertamanya menghasilkan album Inggeris tidak sia-sia kerana album terbitan What's Up Entertainment milik anak kedua Datuk Khalid Muhammad Jiwa, Adib mendapat sambutan yang baik. Dalam keadaan pasaran album fizikal yang tidak begitu baik tapi album Siti mampu terjual 40,000 unit. Itu adalah satu kejayaan besar dalam keadaan sekarang ni. Nampak gayanya memang Siti Nurhaliza penyanyi yang tiada tandingan. Buatlah apa-apa album, mesti menjadi. Tahniah Siti!

ABBY ABADI AJAK PEMINAT TUNAI UMRAH

Alhamduillah giliran Abby Abadi pula mendapat jemputan ke Tanah Suci Mekah, atas undangan dari Nya.
Abby mewar-warkan pemergiannya itu di laman facebook peribadinya. Dia dijadualkan berangkat ke sana pada 1 Mac 2012.
Justeru, Abby mengundang peminat yang ingin menyertai rombongannya supaya mendaftar segera.
kredit foto: FB Abby Abadi


Baguslah Abby, di sana nanti doalah banyak-banyak untuk kesejahteraan diri, keluarga dan anak-anak serta keluarga. Rasanya memang bertepatan sangat Abby ke sana sebab hidupnya tak sudah-sudah dirundung malang. 
Kasihan juga dengan nasib Abby, muda-muda sudah bergelar ibu tunggal dan terpaksa pula menanggung hidup anak-anaknya sebab bekas suami sudah dapat gading bertuah!
Hubungan dengan jejaka Zul Ariffin pula malangnya tak mampu bertahan lama.

Monday 7 November 2011

LAGI FESYEN-FESYEN DI ASK 2011

Klik-Klik lensa apam manis di ASKL 2011


Nora Danish


Diana Amir

Intan Ladyana

Siti Saleha

Ziana Zain

Diana Danielle

Shira Iskandar



NAJWA LATIF PINGGIR BAPA KANDUNG?

Artikel diambil dari Berita Harian 2 November 2011

PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu.
Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru.
Meskipun bukan penyanyi ini yang bertindak sedemikian, namun sebagai artis, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh penyanyi remaja ini. Sedikit sebanyak tempias akan terkena kepadanya juga.
Menurut saksi kejadian, pengurus Najwa, Azahari Jaafar dikatakan memarahi seorang wartawan sebuah stesen televisyen hanya kerana dia bertanyakan soalan peribadi kepada penyanyi di bawah jagaannya itu.
Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu.
Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu.

Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu.

HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku?

Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari.

HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri?

Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja.

HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa.

Itu betul, cuma ia bukan untuk NajwaNajwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum.

HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan?

Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan.

PENJELASAN PENGURUS NAJWA

HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman?

Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagi pun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apa pun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari.

HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang?

Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan.


PEMBANTU PERIBADI NUR FATHIA BALING BAJU?


Betul ke gara-gara bengang dengan tindakan seorang pereka fesyen kerana mengadu kepada pihak media yang dia tak pulang-pulangkan baju yang dah dipinjam berbulan-bulan. Pembantu peribadi si Fathia sudah pergi ke butik berkenaan sambil melemparkan baju yang dipinjam? Amboi dua-dua sama hebat, sebelum ni Fathia pernah baling handphone pada Along Kamaludin, sekarang ini giliran pembantu peribadi pula. Patutlah artisnya sama naik, sebab perangai pembantu peribadi pun lebih kurang. Sepatutnya pembantu peribadi dia kena nasihatkan artis, tapi rupa-rupanya dia pun sama panas baran juga


TAK KENA GAYA DI ASK 2011

Memang macam-macam gaya yang dapat kita lihat pada malam ASK 2011 yang berlangsung Jumaat lalu. Ada yang cantik, tapi ada juga yang semacam pelik.


credit gambar Fida: FB ASK 2011

Macam burung merak gaya si Fida Pantene pada majlis itu. Rasanya Fida memerlukan seorang penata gaya untuk beritahu dia apa yang sesuai untuk dipakai. Sarat tak semestinya cantik dan simple pula tak semestinya hodoh. Memang gaya Fida malam itu nampak sungguh pelik.


Kalau tak silap ini Alana Amir, pelakon filem 4 Madu. Apakah sebenarnya yang cuba ditonjolkan Alana ni. Seolah-olah dia menyarungkan apa saja yang ada dalam wardrobe-nye! Alana nampak selekeh sebab dressnya nampak besar. Sama seperti Fida rasanya Alana juga memerlukan seorang penata gaya seperti Fida.


Betty Banafe dah macam ratu jamu pada malam ASK 2011. Kami perasaan wajahnya macam ada perubahan. Mmmm Betty, ada buat apa-apa ke pada wajah tu?


Rasanya kurang sesuai Anahita Bakavoli memakai skirt pendek paras peha yang dipadankan bersama stokin hitam seperti ini. Apa kata cuba  bergaya dengan dress labuh yang ringkas. Mungkin kejelitaan akan lebih terserlah. Kasut dan rambut juga mungkin memerlukan sedikit perhatian ya lain kali.

credit gambar Sheila Amzah: FB ASK 2011

Alamak Sheila, rasanya gaya ni kurang sesuai buat awak kerana gaya ini hanya menyebabkan Sheila nampak sedikit tua.