nuffnang ads

Sunday 4 December 2011

SUAMI RAJA AZMI ADA PEREMPUAN LAIN


Pengakuan berani mati wanita bernama Zaleha: "Saya, Jailani ada hubungan istimewa," adalah kisah paling hot untuk minggu ini.
Macam manalah agaknya keadaan penerbit filem sensasi Raja Azmi dengan pengakuan Zaleha, wanita kaya berstatus ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak itu


"Saya akui sayalah wanita yang dimaksudkan sering bersama Jailani termasuk ketika di KLIA.

"Saya dan Jailani rapat, hubungan kami pada tahap serius. Selain rakan kongsi, Jailani juga adalah penasihat syarikat saya, Kejuruteraan Lebar Cahaya Sdn Bhd yang mengendalikan projek kerajaan.

"Saya akui saya sering bersama Jailani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jailani. Anak-anak, keluarga dan teman mengetahui hubungan kami, malah saya dan Jailani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi. Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi.



"Saya dan Jailani saling menyayangi tetapi kami tidak sesekali mengenepikan Raja Azmi.

"Saya tidak kekok atau malu bersama dengan Jailani dan Raja Azmi. Kami berkongsi kasih sayang. Lagipun ke mana saya dan Jailani pergi, Raja Azmi tahu.



"Raja Azmi pernah berkata pada saya, ada tiga perkara yang menyebabkannya mengenang jasa saya. Dia tidak akan lupa bagaimana saya menyelamatkan rumah tangganya dulu.



"Selain itu, ketika saya mengerjakan umrah di Makkah, Jailani menghubungi saya dan meminta bantuan menjamin untuk melepaskan Raja Azmi ditahan di lokap polis. Hilang segan, hilang malu dia meminta bantuan saya"

HAFIZ AF ADA KEKASIH BARU?

SITI SARAH - SHUIB DAPAT ANAK LELAKI



Tahniah buat Shuib Sepah dan Siti Sarah kerana telah selamat menjadi ibu dan ayah. Selamat menjalani kehidupan indah dalam dunia keibu bapaan.
Pasangan ini dikatakan mendapat cahaya mata lelaki. Nanti kami cuba dapatkan gambar buah hati terbaru mereka.

SHILA AMZAH - SHARNAAZ NAK KAHWIN?

Petikan dari akhbar Kosmo Ahad

GOSIP percintaan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad, 26, dengan pelantun Patah Seribu, Shila Amzah, 21, semakin kencang bermain di bibir ramai. Bermula daripada kerjasama menghasilkan klip video single Patah Seribu, hubungan dan kemesraan mereka semakin terserlah.
Kerap kali mereka dilihat bersama bahkan pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2010, mereka juga hadir berpasangan. Kepada pengikut Sharnaaz dan Shila di laman sosial Twitter, kemesraan dua selebriti ini bukan satu rahsia. Luahan rindu, sayang serta panggilan 'anja' antara mereka berdua mudah mengiakan sangkaan bahawa anak sulung ND Lala itu sedang menganyam cinta bersama aktor kelahiran Georgetown, Pulau Pinang.
"Kami memang rapat tetapi untuk bercinta mungkin belum masanya kerana saya ada sasaran, mungkin empat atau lima tahun lagi baru saya akan sedia untuk memikirkan soal perkahwinan," 
Tidak adil untuk Shila, jawapan Sharnaaz yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bicara Cinta, mungkin mampu menjelaskan situasi sebenar. Secara budiman akui Sharnaaz, cinta yang diperkatakan itu belum berbunga namun seperti Shila, Sharnaaz mengiakan mereka kini dalam status sahabat baik.
SENSASI BINTANG: Makin kuat gosip percintaan kalian, benarkah sedang bercinta dengan Shila?
SHARNAAZ: Memang tidak bercinta tapi kami memang rapat. Saya selesa sebab dia jenis gila-gila macam saya juga, kami tak perlu nak 'kontrol-kontrol' bila bersembang.
Pernah keluar berdua?
Tak pernah, langsung tak pernah. Saya takut nanti kena belasah dengan ayah Shila. Saya masih hormatkan orang tua Shila, setakat ini belum pernah kami keluar berdua, kalau berjumpa selalunya Shila ditemani ibu atau adik lelakinya. Saya memang rapat dengan ahli keluarga termasuklah bapanya, mungkin kalau dibenarkan ayahnya, suatu hari nanti mungkin kami pun akan keluar bersama.
Kenapa begitu tertarik mahu bersahabat dengan Shila?
Saya anggap Shila anak seni yang serius dengan kerja seninya, saya suka cara dia bekerja. Biarpun muda, tapi kematangannya mengatasi usia.
Apa panggilan terhadap Shila?
Saya panggil dia dengan panggilan 'anja', memang sejak dulu lagi saya panggil Shila 'anja' sebab karakternya yang manja-manja. Dia pun panggil saya anja juga.
Mula kenal Shila sebenarnya sejak bila?
Rasanya sudah setahun lebih, sebelum kami buat klip video bersama, saya dipertemukan dengan Shila dalam satu fotografi untuk majalah Mangga. Dari situ mulai baik sampailah Shila hubungi saya untuk projek klip video Patah Seribu.
Ada apa-apa perancangan bersama?
Sebenarnya kami tengah bekerjasama untuk sebuah projek, projek apa kena tunggu. Saya belum umumkan lagi. Apa yang pasti, bukan projek duet sebab saya tak pandai menyanyi macam Shila.

IZARA AISHAH BERCINTA DENGAN ANAK USAHAWAN PERMOTORAN


Bertuahnya badan jika dikurniakan wajah yang cantik, sama seperti pelakon yang sedang meningkat naik, Izara Aishah. Difahamkan, Izara kini sedang hangat bercinta dengan anak kepada usahawan permotoran yang kaya raya. Nampaknya bertambah seorang lagi artis dalam keluarga usahawan itu. Mereka sekarang ini sedang dalam frasa bercinta, mungkin belum terfikir lagi untuk ke frasa yang lebih serius. Maklumlah masing-masing pun masih muda.

TIKET OMBAK RINDU SOLD OUT!


Sekalung tahniah diucapkan kepada team Ombak Rindu daripada penerbit, pengarah dan juga para pelakonnya.

Difahamkan pada hari pertama tayangan 1 Disember lalu, tiket Ombak Rindu 'sold out'! Wow! Ini sejarah untuk filem Melayu. Rasanya belum pernah ada mana-mana filem tempatan yang mendapat sambutan macam filem ini. Malah Ombak Rindu berjaya mengalahkan kutipan Twilight.


Tak tahulah siapa faktornya. Mungkin juga Aaron Aziz sebab dia ramai peminat. Atau Maya Karin? Mungkin juga Lisa Surihani. Bagaimanapun daripada maklum balas yang diterima. Filem ini memang best. Lakonan Aaron, Maya, Lisa dan Bront terbaik. Walaupun penulis novel asal tak suka dengan hasil filem ini.


Lakonan Aaron dan Maya memang hebat hingga menyentuh hati penonton. Siapa yang nak menonton Ombak Rindu kena sediakan tisu ya! Ramai meramalkan silap haribulan filem ini boleh menang besar Festival Filem Malaysia nanti. Boleh ke? Sama-sama kita tunggu dan lihat.




NORMAN - MEMEY HONEYMOON DI PARIS!


Hebat-hebat, silap hari bulan, Memey anak Felda Tenggaroh pertama yang berbulan madu di Paris. 
Menurut Memey pada majlis pelancaran Pameran Pakaian Pengantin di Muzium Negara, mereka akan berbulan madu di Paris selama seminggu pada Disember nanti. Iaitu sekembalinya dia daripada penggambaran drama yang diadakan di Sampoerna, Sabah.
Pada kesempatan itu, bolehlah mereka bercanda riang setelah lebih sebulan tak berjumpa. 
Seronok-seronok juga harap Norman Hakim tidak lupa nafkah anak-anak sudahlah.