nuffnang ads

Saturday 19 November 2011

PERKAHWINAN RM 15 JUTA PROPA SEMATA-MATA?

credit gambar ArtchanAli Photography

Siapa Syella Kamaruddin ni? Nama dia tiba-tiba jadi popular gara-gara perkahwinan mewah berharga RM 15 juta. Kiranya perkahwinan dia adalah wedding of the year, kalah Memey dengan Norman Hakim yang cuma RM 12 juta je.
Bagaimanapun ada orang kata dia banyak propa pasal banglo RM 5 juga yang dia dapat, kereta, hantaran dan semua sekali.
Tak tahulah jeles atau pun apa, seorang bekas penyampai radio ni telah mendedahkan pecahan perbelanjaan yakni banglo Syella kononnya berharga ratusan ribu saja bukan RM 5 juta seperti didakwanya dan juga pasal tempahan kereta Audi R8 yang tak wujud.
Kalau dia nak propa sekali pun. Biarlah! Kenapa pula bekas penyampai radio itu nak 'membogelkan' keaiban Syella.
Mungkin dia jeles sebab perkahwinannya dulu tidak segah mana. Dan mungkin dia juga tak ada duit sebanyak Syella. Dia siap beritahu suami Syella tidak sekaya mana. Entah apalah yang Syella dah buat dengan dia sampai dia begitu sakit hati! 

TEMAN LELAKI TAK NAK BERTANGGUNGJAWAB BOYOTKAN ARTIS

Dipetik dari akhbar Berita Harian

KASIHAN sungguh nasib aktres yang melarikan diri ke Bali bagi menyorokkan perutnya yang semakin memboyot, seperti yang pernah disiarkan dalam ruangan ini Isnin lalu.

Cik Normah simpati bukan sebab Cik Normah sokong tindakan aktres tak berapa muda yang mengandung anak entah sesiapa tu. Apa yang membuatkan Cik Normah bersimpati kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab ke atas aktres berkenaan. Cik Normah tak tahulah pula jika aktres ini sudah pun berkahwin dengan lelaki itu, tetapi menyorokkan status dirinya yang sebenar.

Tapi dari segi logik akal, kenapa dia membawa diri ketika sedang mengandung? Takkanlah pergi berbulan madu sampai tak balik-balik kot!

Nak kata penerbit tak mahu ambil berlakon, Cik Normah tengok pelakon hamil lain OK saja. Ada saja muka mereka terpampang di kaca televisyen walaupun tengah sarat.

Berbalik kepada kisah simpati tadi, aktres itu memang kusut gila sebab teman lelakinya enggan menjadi bapa kepada anak yang dikandung. Alasannya, dia kata bukan dia yang menjadi punca aktres itu hamil.

Habis tu, yang engkau duduk bertempek dengan aktres itu selama ini apa ke bendanya? Lelaki tak guna itu boleh pula kata dia bukanlah satu-satunya lelaki yang ditiduri aktres berkenaan.

Sesetengah lelaki memang tidak berguna. Sedap-sedap engkau ratah dia, musnahkan kehidupannya, senang saja cakap yang engkau bukan orang yang bertanggungjawab ya? Maknanya, murah sangatlah aktres itu sampai boleh tidur dengan sesiapa saja?

Itulah jadinya kalau senang sangat percaya janji lelaki. Sebelum buat, gunung-ganang dijanjikan. Bila jadi macam ini, terus larikan diri. Tapi pada waktu sama, padan juga dengan aktres yang berlagak ini. Padahal, orang tuatua sudah lama tinggalkan pesanan, beringat sebelum kena.

BOB KUMAN JATUH MASA LATIHAN


Kami mendapat maklumat mengatakan Bob Kuman jatuh ketika menjalani latihan Maharaja Lawak Mega. Keadaannya tidak begitu baik, jika tidak silap kami, Bob sedang dirawat di ICU. Sama-samalah kita mendoakan kesihatannya.

Friday 18 November 2011

LIMA PELAKON WANITA BARU JADI REBUTAN STESEN TELEVISYEN

Kalau anda memang sentiasa melekap di depan TV.
Anda mesti perasaan wajah lima pelakon wanita baru yang kini semakin menjadi buruan ramai penerbit drama dan filem. Jom kita tengok siapakah lima pelakon wanita yang kini menjadi anak emas stesen televisyen dan juga penerbit filem

Neelofa

1. Berada di tangga pertama adalah Neelofa. Namanya mula menjadi sebutan selepas memenangi Dewi Remaja. Filem pertama lakonannya ialah Azura 2011. Dengarnya Neelofa antara pelakon baru yang paling banyak diintai produser.

Siti Saleha

2. Siti Saleha sebenarnya sudah lebih tiga tahun berlakon. Dia pernah berlakon dalam Ustaz Amirul. Tetapi namanya mula melonjak selepas berlakon di samping Aaron Aziz dalam drama Nora Elena.

Tasha Shilla

3. Dia ni pun antara wajah yang laku. Rezeki Tasha mula mencurah selepas dia muncul dalam drama bersiri Gemilang. Selepas Gemilang, dia muncul pula dalam slot Samarinda berjudul Sahara.

Izara Aishah

4. Yang ini pun bekas Dewi Remaja juga. Selepas menjayakan slot Zehra di TV3 untuk drama Keranamu Laila. Izara mula jadi perhatian. Selepas itu dia berpeluang pula membintangi drama Soffiya, lagilah mencanak-canak popularitinya.

Nur Fathia

5. Peminat mula perasan kewujudan Fathia selepas drama bersiri Hani. Dia pegang watak gadis buta. Fathia pernah menimbulkan kontroversi kerana membaling Along Kamaluddin dengan handphone. Hebat tak?




WILMA MUHAMMAD KERJA KERAS SARA ANAK


Ingat lagi tak wanita bernama Wilma Muhammad ni? Dulu dia pernah berlakon dalam filem Ghazal Untuk Rabiah Rabiah dan watak penggoda dalam Pasrah.
Tapi pada 2000, dia membuat keputusan berhenti berlakon setelah berkahwin dengan seorang juru terbang Firefly bernama Mahir Effendi.

Ini penampilan terbaru Wilma yang manis bertudung.

Bagaimanapun Wilma diduga apabila suaminya meninggal dunia kerana serangan jantung awal tahun ini. 
Mungkin kerana perlu menanggung lima orang anak yang berusia antara dua hingga sembilan tahun, menyebabkan Wilma kembali berlakon. Dia akan berlakon dalam filem 1945.

Thursday 17 November 2011

ADLIN AMAN RAMLIE DICOPET


Kasihan Adlin Aman Ramlie kerana kehilangan dua komputer riba berjenama ketika rancak buat persembahan untuk Maharaja Lawak Mega minggu lalu.
Yang peliknya  Adlin meletakkan barangan peribadinya di bilik persalinan. Tapi macam mana boleh hilang juga?
Adlin dah pun membuat laporan polis dan dia juga ada bertemu dengan orang cerdik pandai untuk telek siapa gerangan si pencuri. Difahamkan Adlin ada mengesyaki seseorang.

4 KEPING TIKET TWILIGHT BREAKING DAWN UNTUK DIMENANGI


Ingin menjadi antara yang pertama mengetahui kesudahan filem The Twilight Breaking Dawn? Empat keping tiket menanti pelayar bertuah apam-manis. Cara untuk memenangi tiket amat mudah, emelkan butiran anda seperti nama dan nombor telefon ke apammanis2011@gmail.com Penghantar emel paling cepat akan kami hubungi nanti.
Pengumuman: Empat keping tiket sudah pun mempunyai pemenang. Kini kami nak offer dua keping lagi... cepat-cepat selagi stok masih ada!

SCHA - AWAL PILIH MAC


Jika Lisa dan Yusry dikatakan bakal menamatkan zaman solo mereka pada penghujung Februari, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pula memilih Mac sebagai tarikh penyatuan mereka.

Di dalam laporan Berita Harian hari ini, Scha berkata setiap pasangan bercinta tentu mempunyai perancangan mahu berkahwin tetapi dia tidak boleh mengesahkan kesahihan khabar angin itu. Pernikahan mereka juga akan disiarkan di Astro yang bertindak sebagai media rasmi

"Kalau ditanya bab tarikh atau spekulasi tarikh ini, Scha sendiri tak boleh nak mengesahkannya kerana hal kahwin ini membabitkan banyak pihak termasuk keluarga.

"Kemungkinan kami berkahwin tahun depan itu juga ada. Tetapi lebih manis jika persoalan ini diajukan kepada pihak lelaki. Scha sendiri tak suka nak pukul canang perkara yang belum pasti hujung pangkalnya"

LISA-YUSRY NIKAH FEBRUARI, AWAL-SCHA NIKAH MAC!

Khabar angin bertiup kencang mengatakan dua pasang kekasih iaitu Lisa Surihani dan Yusri KRU serta Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sudah menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

Dalam ruangan Normah Becok akhbar Berita Harian, Lisa dan Yusry dikatakan akan berkahwin pada penghujung Februari depan. Astro pula akan menjadi penyiar rasmi mereka.



Bagaimanapun Lisa menafikan desas desus berkenaan

"Mungkin pasangan lain gamaknya. Setahu Lisa hingga setakat ini, Abang belum ada perancangan untuk masuk meminang.
"Seperti diketahui, Abang memang serius mahu memperisterikan Lisa. Tapi masing-masing sibuk.
"Suka untuk Lisa sendiri bercakap dan menjawab mengenai hal ini termasuklah bila kami akan berkahwin. Kalau jodoh kami kuat mungkin boleh jadi 2012, 2013 atau tahun mendatang"


Wednesday 16 November 2011

EZLYNN NIKAH PENGURUS


Akhirnya selepas sekian lama berteka teki, penyanyi lagu Hi...hi..Bye..Bye, Ezlynn akan menikahi pengurusnya Adam pada 20 November ini. Walaupun sebelum ini ramai dah speku mereka bercinta, tapi Ezlynn dengan Adam memang bijak simpan rahsia. Anyway selamat pengantin baru Ezlynn dan Adam, kami doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat!

MAHKAMAH LOKASI POPULAR SELEBRITI


Selain pentas dan lokasi penggambaran, mahkamah adalah antara lokasi yang turut menjadi tumpuan golongan selebriti. Bukan saja untuk menyelesaikan kes saman menyaman, mahkamah juga menjadi saksi termeterainya ikatan sebuah perkahwinan.
Antara wajah-wajah selebriti yang dilihat pernah menjejakkan kaki mereka ke mahkamah ialah Jimmy Shanley; pemain badminton, Roslin Hashim, Maya Karin dan Beego.

ZARINA ANJOULIE DIBAYAR BELASAN RIBU DEDAH TUBUH




Kalau orang lain dedah tubuh dapat dosa, Zarina Anjoulie dedah tubuh dapat duit.
Dia dibayar belasan ribu untuk beraksi ghairah dalam majalah FHM Indonesia.
Kata Zarina dalam akhbar Berita Harian hari ini, lantaklah orang nak kata apa sebab gambar itu cuma seksi, tak adalah sampai berbogel pun.

Tuesday 15 November 2011

WAJAH SEBENAR BANDI AMUK

Kepada peminat-peminat yang selama ini tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa Bandi Amuk di sini kami memaparkan wajah sebenar Bandi yang selama ini terselindung di sebalik topeng.



Bandi mendedahkan wajahnya ketika majlis persandingan anak sulungnya. Ialah takkanlah Bandi nak bertopeng pula ketika berdepan dengan besan. Takut pula besan dengan tok kadi lari apabila melihat dia kekal dengan imej begitu.


TIGA WANITA DI HATI REMY ISHAK

Kata orang bila artis berlakon bersama, mesti akan tercetusnya cinta lokasi. Dah banyak yang terjadi, bukan Shah Jaszle seorang saja yang mudah jatuh cinta di lokasi. Nak diikutkan pelakon lelaki yang hot Remy Ishak juga turut sama terjebak dengan cinta lokasi


Cuba perhatikan, wanita-wanita yang pernah dan kini berada di sisi Remy Ishak ini semua 'sepesen' je. 
                                     1. Bertubuh kecil molek
2. Berambut panjang
                                     3. Bermata tajam
                                     4. Semuanya bercakap melayu ada slang!

TIGA WANITA DI HATI REMY ISHAK

                                       1. Ummie Nazira


Mereka berkenalan ketika sama-sama menjalani penggambaran Awan Dania. Tetapi hubungan itu terputus setelah adanya adegan pukul memukul yang kontroversi sedikit masa lalu.

2. Maya Karin


Dikatakan rapat ketika sama-sama menjayakan teater Natrah dan juga filem Cun.

3. Tiz Zaqiyah


Gandingan di dalam drama bersiri paling popular Nur Kasih dan memegang pula watak sebagai suami dan isteri mencetuskan rasa cinta di hati mereka. Bagaimanapun, hanya baru-baru ini Remy membuat pengakuan mereka bercinta.



FASHA SANDHA CAKAP TAK SERUPA BIKIN!


Fesyen berani mati Fasha Sandha sewaktu menghadiri majlis pelancaran majalah Lisa minggu lalu mengundang cemuhan peminat. Fasha nampak macam mahu meraih perhatian murahan, maklumlah ramai selebriti yang popular dan hot datang. Ada Neelofa, Fazura dan ramai lagi. Fasha takut kena 'caras' kot? Pasal tu dia tak kisah berpakaian sampai terselak semua lemak-lemak.




Bagaimanapun kami terjumpa satu penemuan yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca. Kenyataan ini adalah azam Fasha Sandha untuk tahun ini. Tapi nampaknya Fasha bercakap tak serupa bikin!


"Tahun ini tahun terakhir saya berimej seksi, tahun depan saya akan kurangkan seksi atas permintaan peminat kerana mereka tidak suka melihat saya memakai pakaian yang terlalu terdedah. Jatuh dan bangun saya dalam dunia seni kerana peminat.

"Peminat merupakan tulang belakang nombor satu dalam kerjaya saya. Apabila sering ditegur saya sedar sesuatu perubahan perlu dilakukan dan saya tidak lagi memakai mini skirt. Saya mula dalam dunia seni sebagi model dan sudah terbiasa menyarungkan apa juga pakaian yang disediakan tetapi selepas ini seksi saya ada batas"

Monday 14 November 2011

PELAKON WANITA LARI KE BALI SOROK PERUT MEMBOYOT


Tajuk Aktres Hamil Lari Ke Bali cukup menangkap minat kami pagi-pagi ni. Artikel yang terpampang di ruangan gosip Dengarnya...Normah Becok di akhbar Berita Harian mendedahkan, seorang aktres yang boleh tahan laku di kaca televisyen sudah lama menghilang diri.
Tup-tup baru-baru ini ada orang sudah ternampak aktres itu dengan perut memboyot di Bali.
Siapalah agaknya aktres yang dimaksudkan ya?


BETUL KE LISA SURIHANI TERDESAK?


Tak tahu betul atau tidak, tapi ada sumber mengatakan Lisa Surihani sekarang ini makin terdesak nakkan publisiti. Lisa dikatakan berasa terancam dengan kehadiran ramai pelakon baru yang lebih cantik dan seksi.
Dakwaan itu macam betul pun ada sebab kontraknya sebagai wajah ekslusif Astro tidak disambung. Tapi Lisa kata kontraknya masih ada lagi. 
Kenapalah Lisa nak risau sangat soal populariti sedangkan dia antara artis yang paling ramai pengikut di Facebook dengan Twitter. Lagipun dia pernah berada di atas, sesekali berilah peluang pada artis-artis baru.

APA LAGI WAHAI IZREEN AZMINDA?

Selepas kecoh menyebarkan kisah Johan A'sari tidak menghiraukannya. 
Satu lagi kontroversi membabitkan Izreen tercetus lagi. Bakat lakonan tak seberapa, tapi nampaknya Izreen lebih popular dengan satu demi satu cerita kontroversi.
Mingguan Malaysia menerusi Pancaindera semalam melaporkan Izreen rampas tunangan orang




Tapi macam biasalah, siapa nak mengaku kalau dah buat salah.


"Tak masuk akal dan sangat merepek! Bila masa pula saya merampas tunangan orang?


" Ya memang saya kenal dengan R dan kami mula rapat semasa sama-sama terlibat dalam penggambaran drama berjudul Isabella sekitar pertengahan 2010.


"Tapi kami cuma kawan. Bukan dengan R sahaja, dengan semua orang dalam set itu pun saya berkawan. Kami semua sudah macam satu keluarga.


"Apa motif perempuan itu menuduh saya punca mereka putus tunang? Jangan kerana kesalahan antara mereka berdua, maka saya dijadikan mangsa. Saya tak pernah ambil kisah pun fasal mereka'

Sunday 13 November 2011

LAGU PENAKUT - YUNA TAK PATUT MENANG LAGU TERBAIK?


Secara keseluruhan, kesimpulan yang dapat kami buat dan juga berdasarkan 'survey' dari penonton, ramai yang puas hati dengan persembahan AIM 18. 

Terutama sekali segmen artis 90 an seperti Ezad Exist, Rahmat, AXL dengan Zamani.

Ramai yang kata segmen itu sepatutnya diletakkan akhir sekali. Tak kisahlah asalkan semua orang 'enjoy' malam itu.
Ramai juga yang puji gandingan AC Mizal dengan Zizan menjadi.

Walau bagaimanapun dalam pada ramai yang memuji, ada juga yang tak berapa setuju bila lagu Penakut -Yuna dipilih sebagai Lagu Terbaik. 

Banyak lagi lagu lain yang dilihat layak. Satu lagi persoalan yang timbul, kenapa Yuna tak menang kategori Lagu Pop Terbaik tapi boleh pula menang Lagu Terbaik.

Alah sebenarnya perkara macam ni dah banyak kali terjadi di AIM. Apakah AIM ada agenda tersendiri?




NEELOFA DICEMBURU RAMAI


Sudahlah cantik, popular pula tu. Maka tidak hairanlah ramai artis muda yang cemburukan Neelofa.



Ketika Anugerah Skrin baru-baru ini, nama Neelofa meniti di bibir Ally Iskandar. Pada Anugerah Industri Muzik, namanya terus menjadi bahan usikan AC Mizal dengan Zizan Razak.




Mungkin sebab itu ramai artis wanita yang bengang. Mereka susah payah nak popular, tapi Lofa pula meraih populariti dengan mudah. Tuah badan.



Kalau tak silap ini kaum kerabat Lofa yang turut hadir memeriahkan AIM tempoh hari. Malam itu memang tak dinafikan Lofa adalah artis yang paling lawa gila. 





MIMIE ONE NATION EMCEES LALOK KE?

Ketika berada dalam bilik post party, kami terleka menyaksikan gelagat Mimie dari kumpulan One Nation Emcees.


Sikapnya malam itu nampak pelik semacam. Penampilan Mimie malam itu pun nampak lain, selekeh semacam dengan rambutnya yang menggerbang tak tentu hala.


Tapi kami tak pasti betul atau tidak dia lalok, cuma aksinya malam itu nampak lain macam je. Terkinja-kinja tak tentu pasal.



YUNA SETIA LAYAN PEMINAT

Bukan lagi tengah malam tapi dan nak masuk pagi kot, sebab jarum jam dan menunjukkan pukul 1 pagi. Tapi pemenang besar AIM iaitu Vokal Terbaik Wanita, Lagu Terbaik dan Anugerah Kembara, Yuna masih lagi setia melayan peminat.


Ramai yang mengerumuni Yuna walaupun penyanyi itu sebenarnya dah nak balik


Walaupun muka Yuna nampak letih, tapi dia tak mahu hampakan harapan peminat-peminatnya. Malah boyfrien Yuna, Qi pula setia menemani kekasih hatinya.

Ceria wajah peminat ini sebab dapat bergambar dengan Yuna


Yang bestnya, Qi tak delah sibuk-sibuk nak 'enterframe'. Sebaliknya dia seorang boyfriend yang memang sporting habis. Dia berdiri agak jauh, tapi dia juga tak adalah buat muka walaupun girlfriend dia dikerumuni ramai. Sebaliknya Qi masih mampu tersenyum.

HATTAN NIKAH JANDA ANAK DUA

Misteri perkahwinan Hattan akhirnya terjawab sudah. Wanita bertuah yang menjadi pilihannya adalah janda anak dua yang baru berusia 31 tahun.


Isteri barunya yang bernama Fara itu dikatakan bukan calang-calang orangnya. Pada majlis pernikahan mereka, pasangan pengantin memilih warna putih. 


Nanti apam-manis akan letak gambar Hattan dan Fara kalau dapat ye!