nuffnang ads

Friday 25 November 2011

KLIK-KLIK FESYEN SITI NURHALIZA

Elegan dengan imej bertopi

Imej ini agak kurang sesuai untuk Siti kerana menampakan dia lebih berusia
dari usia sebenar Siti.

Imej ini menampakkan Siti sarat dan nampak kurang kemas


Siti nampak manis dan ayu dengan pemilihan warna merah jambu lembut.


Its a no no, buat Diva ini. Gaya ini memang tak sesuai langsung buat Siti.

Warna lembut sebegini memang sesuai untuk Siti.

Sekali lagi Siti kelihatan cantik dan anggun dengan warna biru firus

Manis dan anggun

TIGA GAYA HAMPIR SERUPA DI KARPET MERAH FFM24

Penampilan tiga aktres ini sewaktu menghadiri FFM 24 baru-baru ini kelihatan hampir sama. Cuma pilihan warna dan materialnya saja berbeza. Jom tengok

Mia Sara

Eja

Fazura

KIM SUN AH & LEE DONG WOOK DATANG MALAYSIA



Pelakon drama bersiri Korea yang sedang popular Scent Of A Woman, Kim Sun Ah dan Lee Dong Wook akan tiba di Malaysia pada 6 Disember ini.
Kim Sun Ah sebelum ini dikenali dengan drama My Lovely Sam Soon dan Lee Dong Wook pula dengan drama My Girl.
Sudah alang-alang datang ke sini, tentu akan ada sesi bertemu peminat. Almaklumlah demam k-pop sedang hangat melanda. Kita nantikan sama ada akan ada sesi bertemu peminat dibuat penganjur.

BIENDA AKAN BERGELAR IBU



Tahniah kepada penyanyi Bienda kerana bakal bergelar ibu tak lama lagi. Bienda dikhabarkan kini sedang mengandung enam bulan. Wajah Bienda sungguh berseri-seri ketika mengandung. Semoga Bienda selamat melahirkan.

ANUAR ZAIN MALU AMBIL TROFI YUNA

Dipetik dari akhbar Harian Metro

Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa

"Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia memalukan"

Thursday 24 November 2011

AKIM - STACY PUTUS CINTA?


Baru-baru ni terbaca gosip di sebuah akhbar. Gosip itu mendakwa, hubungan cinta pasangan artis yang dicungkil daripada program realiti sudah terlerai.
Walaupun Akim dengan Stacy tak pernah mengaku diorang bercinta, tetapi memang dah heboh mereka bukan sekadar teman tapi mesra. Tapi lebih dari itu.
Sekian lama jalin cinta, hubungan mereka akhirnya putus juga. Kononnya agama menjadi penghalang. Kalau betul, tak mengapalah. Akim dengan Stacy pun masih muda lagi. Banyak lagi masa untuk mencari pengganti. Tak gitu?

WANITA-WANITA DI HATI YUSRY

Di dalam kumpulan trio adik beradik KRU, Yusry memang paling menjadi perhatian. Sama ada sejak dia masih solo ataupun sehingga kini sejak bergelar duda hot.


Kalau tak silap, Sasha Elite adalah wanita pertama yang dikaitkan dengan Yusry. Mereka pernah muncul di dalam sebuah majalah ketika salah seorang sedang menjalani latihan untuk persembahan.


Waktu Sasha hangat digosipkan dengan Yusry, ada juga timbul desas desus yang mengatakan salah seorang penyanyi yang bernaung di bawah KRU, iaitu Juliana Banos juga pernah dikaitkan dengan jejaka 'Hot' ini.


Sasha bukan, Juliana Banos pun bukan. Akhirnya Yusry memilih Erra Fazira sebagai pasangan hidupnya. Mereka disatukan  pada 15 Jun 2003.


Tiga tahun melayari bahtera rumah tangga. Pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.


Selepas bercerai, Yusry pernah dikatakan intim dengan Ummi Nazeera apabila mereka sama-sama terbabit dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.


Selepas reda gosip cinta dengan Ummi, Yusry dikaitkan pula dengan Maya Karin iaitu setelah rumah tangga pelakon jelita itu turut dilanda badai selepas lebih setahun berkahwin.


Tidak terhenti setakat itu, nama anak dara Rohana Jalil, Kilafairy pula disebut-sebut intim dengan Yusry setelah sama-sama terbabit dalam filem Karak. Namun gosip itu juga bagai angin lalu, akhirnya siapakah wanita bertuah yang bertakhta di hati Yusry terjawab. Dia akhirnya intim dengan Lisa Surihani sejak beberapa bulan lalu.


Walaupun usia percintaan tak sampai setahun, tapi diorang dah nekad nak mengakhiri hubungan suci mereka dengan pernikahan. Desas desus mereka akan kahwin tahun depan sudah bertiup kencang, tapi Lisa tak berani bersuara. Dia menyerahkan kepada Yusry untuk buat pengumuman.








GAMBAR ARTIS DI SEKITAR SIDANG MEDIA ANUGERAH BINTANG POPUAR

Anugerah yang memberi pengiktirafan berdasarkan populariti seseorang artis akan diadakan pada 8 April 2012 di Arena Of Stars Genting Higlands.
Bagaimanapun anugerah yang memasuki usia 25 tahun itu akan menggugurkan satu kategori iaitu kategori Kumpulan Nasyid Popular. 
Manakala sebuah anugerah akan diwujudkan iaitu Anugerah Seri Perak di mana ke semua artis yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular akan bertanding semula. Masa nilah kita nak tahu siapa yang paling popular antara yang popular.
Majlis sidang media pertama ABPBH diadakan petang semalam di Holiday Villa, Subang. 










Wednesday 23 November 2011

YUNA KENA PULANG TROFI - AIM ANUGERAH LAWAK SELOKA

Yuna diarah memulangkan semula trofi Lagu Terbaik yang dimenangi pada AIM lalu pada satu sidang media khas yang akan diadakan esok.






Pihak juri dikatakan tersalah buat kiraan. Sepatutnya lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry nyanyian Anuar Zain yang menang.
Tapi juri tersilap pandang, mereka terletak Yuna. Ini merupakan kes yang pertama dalam sejarah industri hiburan tanah air. Sebelum ini tak pernah berlaku pun insiden tersalah pengiraan.




Apabila kes ini berlaku, kredibiliti AIM secara tak langsung dipertikaikan. Orang-orang dalam industri melihat arahan memulangkan semula trofi itu sebagai tindakan yang bodoh.
Kalau Yuna dah menang, biar sajalah. Kenapa nak memalukan dia dengan cara sebegitu.


Antara Twitt yang membela Yuna:















LISA TAK MAHU INGAT KISAH SILAM YUSRY


Ramai dah tahu khabar angin yang bertiup kencang mengenai rancangan Lisa Surihani dan Yusry untuk berkahwin.
Bagaimanapun Lisa mahu zip mulut sebab dia kata lebih baik pihak lelaki yang bersuara.
Selepas Yusry selesai penggambaran filem Vikingdom, mungkin dia akan tampil buat pengakuan.
Walaupun Yusry pernah gagal dalam perkahwinan tetapi Lisa tak kisah dan tak mahu ingat kisah silam kekasihnya itu.
Kata Lisa, tak ada insan yang sempurna dalam dunia ini. Lagipun kalau nak cari orang yang betul-betul sempurna, alamatnya memang takkan jumpa pun sampai bila-bila.

Tuesday 22 November 2011

WINGS, XPDC, FAIZAL TAHIR, AZLAN & THE TYPEWRITER BAKAL KONGSI PENTAS


Selama ini kita selalu tengok Wings bergabung dengan Search. Tapi dikhabarkan satu kelainan akan dibawa, apabila Wings akan digabungkan dengan XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter dalam sebuah konsert.





Konsert berpaksikan empat ikon muzik rock yang diberi nama Loud Speaker Y2K11 Mega Concert dijangka akan berlangsung pada 25 Disember di Stadium Merdeka. Perkembangan mengenai konsert ini akan di update dari masa ke semasa.

MAJLIS PERSANDINGAN SETIAP 10 TAHUN RAI ANNIVERSARY - LISDAWATI

Lisdawati sememangnya seorang isteri yang baik. Biarpun suaminya sering dikaitkan dengan pelbagai skandal, Lisda tidak pernah melatah.
Antara kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat Lisda :-



"Apa yang pasti, sebagai isteri, saya percayakan suami. Setakat ini, saya melihat tiada apa yang kurang diberikanFauzi kepada keluarga kami. Layanan, kasih sayang, kemesraan serta sikap romantiknya kepada saya masih seperti dulu dan tidak berubah.




"Saya kenal suami saya. Sepanjang kami berkahwin, tidak sekalipun saya merasa kosong tanpa perhatian, belaian dan kasih sayang daripadanya. Setiap malam dia bersama saya jika tiada penggambaran. Fauzi suami dan ayah yang bertanggungjawab.



"Kini, saya dan Fauzi merancang mengadakan majlis bersanding setiap 10 tahun bagi meraikan ulang tahun perkahwinan. Kelakarnya, saya dan Fauzi juga berharap kami masih kekal romantis walaupun mencecah usia 60 tahun.

Monday 21 November 2011

FAUZI NAWAWI DAN CERITA SKANDAL


Sejak disatukan pada 9 September 2007, rumah tangga Lisdawati dan Fauzi Nawawi tak habis-habis dirundung masalah.
Fauzi sering dituduh 'playboy', kaki betina dan macam-macam lagi.
Jom kita imbas skandal yang pernah dikaitkan dengan nama Fauzi.

2008
------

* Pada tahun pertama perkahwinan, Fauzi pernah dilihat ke sebuah kelab karaoke dengan ditemani seorang wanita tidak dikenali. Ketika itu, Lisdawati sedang menunggu hari untuk melahirkan anak pertama mereka

* Cabaran lebih hebat melanda rumah tangga mereka apabila video seks Fauzi bersama Ida Nerina menggemparkan industri hiburan tanah air. Bagaimanapun, kedua-dua selebriti ini menafikan perlakuan seks itu dan Fauzi bertindak membuat laporan polis.

2010
------


* Sisi nakal Fauzi terus didedahkan apabila Zarina Anjoulie mendedahkan, Fauzi pernah mengajaknya berasmara. Sejauh mana kebenarannya hanya mereka berdua mempunyai jawapan.

2011
------
* Kemuncak kesabaran Fauzi semakin teruji apabila sebuah portal mendedahkan dia mempunyai kekasih gelap. Portal berkenaan melampirkan kiriman Blackberry Messages (Bbm) yang dihantar Fauzi kepada kekasih gelapnya di laman blog mereka. Akibat bengang dengan pendedahan yang disifatkan tidak benar oleh Fauzi, dia nekad mahu menyaman penyebar gosip berkenaan.






KLIK-KLIK PASANGAN AWAL - SCHA & LISA -YUSRY


Jom kita lihat himpunan gambar aksi pasangan sama cantik sama padan yang dijangka bakal disatukan Februari ini.


Komen Maya Karin mengenai percintaan Lisa - Yusry


"Eh! saya bukan orang yang tepat untuk disoal pasal Yusry dan Lisa. Perkara itu patutnya ditanya kepada yang empunya diri. Siapalah saya untuk menjawab soalan berkaitan orang lain. Lagi pun kedua-duanya kawan baik saya" 


"Apabila cerita ini timbul secara tidak langsung membuktikan saya dengan Yusry memang tiada hubungan. Dia berhak berkawan dengan orang lain, begitu juga diri saya. Jadi kalau kedua-duanya akrab, itu hak mereka"





Klik foto pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari yang dikatakan bakal menyusul seminggu selepas Lisa dan Yusry