nuffnang ads

Saturday 5 November 2011

#HERO MALAYA SUMBANG RM 20,000 UNTUK AZEAN

Sekumpulan artis lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai Hero Malaya yang diketuai pengacara popular Aznil Nawawi, menunjukkan keprihatinan mereka terhadap penderitaan yang ditanggung primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, akibat kanser, Khamis lalu.


Ketika kunjungan ke rumah Kak Yan, mereka turut menyampaikan cek bernilai RM 20,000. Bagaimanapun tak ke semua ahli Hero Malaya yang ada petang itu. Mungkin yang lain-lain sibuk kot. Wajah yang kelihatan hanyalah Maulana, Shafie Naswip, Adi Fashla, Fazly Yaacob, Shaheizy Sam, Imran Ajmain dan Iqram Dinzly.

PAKAIAN SAMA DI ASK 2011!

Lensa kamera apam-manis sentiasa dalam mood berjaga-jaga sepanjang ASK 2011. Kalau boleh kami tak mahu terlepas satu pun detik menarik. Selepas majlis anugerah, kami berkesempatan menyertai post party. Lensa kami sempat merakam tiga individu yang berpakaian hampir sama di ASK. Lets Check This Out!



Kurang pasti dia ni siapa tapi material bajunya sama dengan Lisdawaty dan Tasha Aziz.


Tasha Aziz, dia ni dulu pelakon spektra yang boleh dikira terkenal. Adik dia pun pelakon tapi tak ingat apa ke namanya. Tapi ada gelaran tengku kat depan. Adik dia kahwin dengan Sidi Oraza.


Tengok baju Lisdawaty, samakan? Agaknya baju diorang ni direka designer yang sama kot?


Erkk???

ALYAH DEDAH PEHA!


Atas bertutup bawah terbuka, itulah antara komen-komen sinis yang apam-manis sempat dengar sewaktu menonton Anugerah Skrin 2011 di PWTC semalam. Kalau nak bergaya pun, jagalah sedikit batas berpakaian. Janganlah sampai terdedah melampau-lampau. Tak sesuailah Alyah sebab kepala bertutup tapi bahagian lain pula dibiarkan terbuka. Nak bereksperimen dalam fesyen boleh, tapi kenalah fikirkan kesesuaiannya juga. Walau apapun, vokal Alyah memang terbaiklah malam tu!


CORAT CORET ASK 2011

Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung semalam macam kurang asam dan garam. Lemau semacam. Punyalah ramai penonton tapi diorang macam tak sporting, tak ramai yang nak bertepuk dan bersorak. Persembahan pun tidaklah hebat sangat, so-so jelah. Ramai yang puji puisi dendangan Datuk Rahim Razali paling best. Tapi lensa apam-manis sempat jugalah merakamkan beberapa gambar menarik.



Sebahagian peminat yang excited ambil peluang rakam gambar artis yang berjalan dekat red carpet.



Penonton yang datang memang tak mengecewakan. Sampai penuh semua tempat duduk dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ini. Tapi kenapa semua macam malas nak tepuk tangan je? 



Nasib baik ada Shaheizy Sam dengan Rosyam Nor. Sekurang-kurangnya penonton terhiburlah juga dengan lawak mereka yang menjadi malam tu.



Hai lah Syamsul Yusof, panas ke dewan tu sampai malam-malam pun nak pakai spec mata hitam. Macam kurang sesuailah pakai spec mata hitam tengah-tengah malam, lagipun depan tetamu kehormat pula tu.


Ini adalah peminat tegar Ziana Zain. Dia ni memang rajin pergi majlis hiburan. Tengok gaya dia, bukan main lagi. Tak nak kalahlah. Setaraf artis kaedahnya!




Anak ikan ke? Hahaha, jangan terkejut. Ini sebenarnya anak sulung  Rozita Che Wan bernama Ammar Effendy, 15 tahun,. Dia datang nak bagi support pada ibunya yang pertama kali jadi pengacara.



Sekalung tahniah buat Nadia Nisa yang menang kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem untuk filem Cun. Walaupun masih dalam pantang selepas sebulan melahirkan, Nadia tetap datang bagi support ditemani suaminya. Moden sungguh Nadia, belum habis pantang sudah berani keluar berjalan-jalan.






KLIK- KLIK SEKITAR ANUGERAH SKRIN 2011

Selain memberi sokongan kepada anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni drama dan filem. Nampaknya majlis anugerah seolah-olah menjadi medan golongan artis mempamerkan pasangan masing masing. Jom layan gambar empat selebriti muda bersama pasangan mereka yang disempat dirakamkan oleh apam-manis.




1. Pasangan yang sedang hangat dilamun cinta ini bergaya sakan ketika menghadiri ASK. Betul ke tahun depan Awal Ashaari dengan Scha Al Yahya dah bersedia nak menaiki pelamin? Astro khabarnya awal-awal lagi dah booked  untuk menjadi saluran ekslusif majlis persandingan mereka.






2. Nampak bahagia je muka Remy Ishak dengan Tizz Zaqiyah. Diorang pun dah semakin terbuka, tak main sorok-sorok lagi mengenai percintaan mereka. Agaknya dah tak larat kot nak selindung-selindung? Anyway tahniah Remy sebab memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik kategori filem untuk filem Cun arahan Osman Ali.




3. Erkkk...musykilnya...kenapa Farid Kamil dengan Diana Danielle datang berasingan dan duduk asing-asing masa di ASK 2011. Masa berjalan di red carpet, Farid dengan Diana jalan asing-asing. Mereka hanya berjumpa ketika di interview reporter Melodi. Hai ada masalah ke?


4. Wah bahagianya muka Anna Dahlia dengan tunangnya Chef Riz. Memang pasangan ini nampak bersiri-siri ketika menghadiri ASK 2011. Mereka memang menjadi tumpuan hangat pada malam itu.

Friday 4 November 2011

MISTERI KEHILANGAN ANITA SARAWAK TERJAWAB!


Misteri kehilangan penyanyi yang sering mendapat jolokakan Diva ini akhirnya terjawab dalam akhar Harian Metro hari ini. Adik Anita, Noorkumalasari kata kakaknya pernah beritahu hasrat untuk pulang ke Amerika Syarikat.

"Itu yang Kak Nita beritahu saya apabila saya bertemunya di Kuala Lumpur kira-kira sebulan lalu. Kak Nita ada cakap dia mahu pulang ke AS kerana kontrak dengan Astro sudah habis,"

Kononnya kehilangan Anita Sarawak juga ada kena mengena dengan masalah rumah tangga tetapi Noorkumalasari tidak mengetahui isu itu sebab tidak pernah bertanyakan hal rumah tangga kepada kakaknya.

Sementara itu, sumber Astro pula tak mahu mengulas mengenai kontrak Anita dengan memberi alasan perkara itu terlalu peribadi.

"Tunggulah saja sehingga kepulangan Kak Nita semula ke Malaysia. Kami sendiri tidak tahu bila. Apa pun kalau ada pihak mahu menghubunginya atas urusan rasmi, Kak Nita boleh dihubungi menerusi emel,"

KE MANA ANITA SARAWAK MENGHILANG?


Memang dah lama perasaan, wajah Anita Sarawak jarang muncul di surat khabar, majalah atau tv. Kalau ada pun program Astana yang dia hoskan, itu pun mungkin siaran ulangan yang sudah berapa kali diulang tayang. Khabarnya Anita Sarawak sekarang ini berada di Las Vegas, katanya dia tak mahu balik lagi ke Malaysia. Sebaliknya hendak bermastautin semula di Amerika Syarikat. Adakah Anita Sarawak merajuk dengan siapa-siapa sampai dia buat keputusan itu.

NEELOFA TERIMA LAMARAN HANS ISAAC?


Amboi romantiknya gambar Neelofa dengan Hans Isaac. Ada apa-apa ke? Jangan terkejut pula ya? Memang sebelum ini kecoh kononnya Neelofa dengan Hans bercinta. Tapi dalam Harian Metro, mereka menafikan. Neelofa cuma terima lamaran Hans Isaac untuk berlakon dalam filem Lemak Kampung Santan saja. Tapi kalau bercinta pun apa salahnya, dua-dua masih bujang. Sama cantik sama padan.

WAJAH TERBARU NORMALA SAMSUDIN DENGAN ANAK


Walaupun berusia 47 tahun, pengacara popular Nona yang mendapat gelaran Wanita Melayu Terakhir, Datin Seri Normala Samsudin masih cantik dan anggun. Anak perempuannya Ruhila Ruslan nampaknya turut mewarisi kejelitaan ibunya. 


Ruhila adalah anak Normala dengan suami yang dulu. Dia satu-satunya anak perempuan Normala, dia baru berumur 19 tahun. Dua lagi anak-anak Normala adalah lelaki masing-masing berusia 17 dengan 23 tahun.

SITI SALEHA PUTUS CINTA?

Pelakon yang cukup popular dengan drama bersiri Nora Elena, Siti Saleha mengaku hubungannya dengan lelaki berwajah kacukan yang tersebar meluas di internet sudah berakhir. Mereka putus kerana teman lelakinya itu tidak faham dengan kerjayanya sebagai pelakon. Hubungan mereka berakhir selepas dua tahun berpacaran. Saleha juga kini selesa berkawan dengan jejaka Melayu yang juga adik kepada seorang personaliti. Teman lelaki barunya memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti yang menjadi hak masyarakat.

Thursday 3 November 2011

10 PERKAHWINAN PALING SINGKAT HOLLYWOOD

Keputusan untuk bercerai yang dibuat personaliti Keeping Up With Kardashian, Kim terhadap suaminya Kris Humpries cukup hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Bagaimanapun, Kim Kardashian bukanlah selebriti pertama yang melalui kehidupan rumah tangga dalam tempoh yang singkat. Jom lihat 10 Perkahwinan Paling Singkat Selebriti Hollywood!



Britney Spears vs Jason Alexander


1. Menduduki tangga pertama penyanyi sensasi, Britney Spears. Britney berkahwin dengan sahabat ketika zaman kanak-kanaknya Jason Alexandar pada 2004. Mereka berkahwin di Las Vegas tetapi perkahwinan itu cuma bertahan 55 jam sahaja!


Carmen Electra vs Dennis Rodman

2. Pelakon seksi siri Baywatch, Carmen Electra memilih bintang bola keranjang, Dennis Rodman sebagai suaminya. Mereka berkahwin di Las Vegas, pada 1998 namun perkahwinan itu hanya bertahan 9 hari.


Eddie Murphy vs Tracey Edmunds

3. Selepas kira-kira dua minggu berkahwin, pelakon komedi terkenal Eddie Murphy mengambil keputusan bercerai dengan isterinya Tracey Edmunds. Mereka berkahwin di Bora-Bora.


Drew Barrymore vs Jeremy Thomas

4. Pada 1994, pelakon Charlies Angel ini membuat keputusan yang singkat untuk berkahwin dengan pemilik sebuah bar ketika dia berusia 19 tahun. Mereka hanya menjadi suami isteri selama 17 hari saja.


Kim Kardashian vs Kris Humpries

5. Perkahwinan bernilai USD 10 juta yang mendapat publisti meluas ini hanya bertahan 72 hari. Kim membuat keputusan ini selepas berfikir masak-masak kerana suaminya yang merupakan seorang pemain bola keranjang tidak bekerja kerana mempunyai masalah dengan NBA.


Lisa Marie Presley vs Nicholas Cage

6. Ogos 2002, Nicholas Cage membuat keputusan menikahi Lisa Marie Presley. Bagaimanapun menceraikannya 108 hari kemudian. Cage berkata dia tidak sepatutnya berkahwin dengan pewaris Elvis Presley itu.


Jennifer Lopes vs Cris Judd

7. Memilih untuk berkahwin dengan penarinya sendiri pada 2001. Tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan empat bulan sahaja.


Renee Zelweger vs Kenny Chesney

8. Perkahwinan pelakon cantik ini dengan suaminya yang juga seorang penyanyi lagu country hanya berjaya diselamatkan empat bulan saja apabila aktres itu memfailkan penceraian atas alasan penipuan.


Pamela Anderson vs Kid Rock

9. Perkahwinan kedua bintang seksi ini dengan Kid Rock hanya bertahan empat bulan saja. Kid Rock tiba untuk memfailkan penceraian mereka 53 minit lebih awal dari Pamela.


Shannen Doherty vs Ashley Hamilton

10. Lima bulan adalah tempoh perkahwinan pelakon siri popular Charm ini. Mereka berkahwin pada 1993. Sebelum itu Doherty juga pernah berkahwin.