nuffnang ads

Tuesday, 8 November 2011

DUA KEPING TIKET AIM 18 UNTUK DIREBUT!


Siapa yang teringin nak menonton Anugerah Industri Muzik (AIM 18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu ni. Apam Manis nak memberi hadiah dua keping tiket ke AIM 18. Caranya mudah saja, jadi follower pertama kami di twitter @apam_manis, dua keping tiket ke AIM 18 akan jadi milik anda! Senangkan? Jadi apa tunggu lagi! Cepatlah follow kami di twitter! Pemenang akan kami hubungi nanti.

KEDUDUKAN SITI NURHALIZA GOYAH?

ALL YOUR LOVE TERJUAL LEBIH 40,000 UNIT


Nampaknya kedudukkan Siti Nurhaliza di dalam dunia seni suara masih lagi kukuh. Percubaan pertamanya menghasilkan album Inggeris tidak sia-sia kerana album terbitan What's Up Entertainment milik anak kedua Datuk Khalid Muhammad Jiwa, Adib mendapat sambutan yang baik. Dalam keadaan pasaran album fizikal yang tidak begitu baik tapi album Siti mampu terjual 40,000 unit. Itu adalah satu kejayaan besar dalam keadaan sekarang ni. Nampak gayanya memang Siti Nurhaliza penyanyi yang tiada tandingan. Buatlah apa-apa album, mesti menjadi. Tahniah Siti!

ABBY ABADI AJAK PEMINAT TUNAI UMRAH

Alhamduillah giliran Abby Abadi pula mendapat jemputan ke Tanah Suci Mekah, atas undangan dari Nya.
Abby mewar-warkan pemergiannya itu di laman facebook peribadinya. Dia dijadualkan berangkat ke sana pada 1 Mac 2012.
Justeru, Abby mengundang peminat yang ingin menyertai rombongannya supaya mendaftar segera.
kredit foto: FB Abby Abadi


Baguslah Abby, di sana nanti doalah banyak-banyak untuk kesejahteraan diri, keluarga dan anak-anak serta keluarga. Rasanya memang bertepatan sangat Abby ke sana sebab hidupnya tak sudah-sudah dirundung malang. 
Kasihan juga dengan nasib Abby, muda-muda sudah bergelar ibu tunggal dan terpaksa pula menanggung hidup anak-anaknya sebab bekas suami sudah dapat gading bertuah!
Hubungan dengan jejaka Zul Ariffin pula malangnya tak mampu bertahan lama.

Monday, 7 November 2011

LAGI FESYEN-FESYEN DI ASK 2011

Klik-Klik lensa apam manis di ASKL 2011


Nora Danish


Diana Amir

Intan Ladyana

Siti Saleha

Ziana Zain

Diana Danielle

Shira Iskandar



NAJWA LATIF PINGGIR BAPA KANDUNG?

Artikel diambil dari Berita Harian 2 November 2011

PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu.
Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru.
Meskipun bukan penyanyi ini yang bertindak sedemikian, namun sebagai artis, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh penyanyi remaja ini. Sedikit sebanyak tempias akan terkena kepadanya juga.
Menurut saksi kejadian, pengurus Najwa, Azahari Jaafar dikatakan memarahi seorang wartawan sebuah stesen televisyen hanya kerana dia bertanyakan soalan peribadi kepada penyanyi di bawah jagaannya itu.
Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu.
Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu.

Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu.

HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku?

Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari.

HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri?

Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja.

HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa.

Itu betul, cuma ia bukan untuk Najwa. Najwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum.

HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan?

Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan.

PENJELASAN PENGURUS NAJWA

HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman?

Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagi pun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apa pun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari.

HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang?

Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan.


PEMBANTU PERIBADI NUR FATHIA BALING BAJU?


Betul ke gara-gara bengang dengan tindakan seorang pereka fesyen kerana mengadu kepada pihak media yang dia tak pulang-pulangkan baju yang dah dipinjam berbulan-bulan. Pembantu peribadi si Fathia sudah pergi ke butik berkenaan sambil melemparkan baju yang dipinjam? Amboi dua-dua sama hebat, sebelum ni Fathia pernah baling handphone pada Along Kamaludin, sekarang ini giliran pembantu peribadi pula. Patutlah artisnya sama naik, sebab perangai pembantu peribadi pun lebih kurang. Sepatutnya pembantu peribadi dia kena nasihatkan artis, tapi rupa-rupanya dia pun sama panas baran juga


TAK KENA GAYA DI ASK 2011

Memang macam-macam gaya yang dapat kita lihat pada malam ASK 2011 yang berlangsung Jumaat lalu. Ada yang cantik, tapi ada juga yang semacam pelik.


credit gambar Fida: FB ASK 2011

Macam burung merak gaya si Fida Pantene pada majlis itu. Rasanya Fida memerlukan seorang penata gaya untuk beritahu dia apa yang sesuai untuk dipakai. Sarat tak semestinya cantik dan simple pula tak semestinya hodoh. Memang gaya Fida malam itu nampak sungguh pelik.


Kalau tak silap ini Alana Amir, pelakon filem 4 Madu. Apakah sebenarnya yang cuba ditonjolkan Alana ni. Seolah-olah dia menyarungkan apa saja yang ada dalam wardrobe-nye! Alana nampak selekeh sebab dressnya nampak besar. Sama seperti Fida rasanya Alana juga memerlukan seorang penata gaya seperti Fida.


Betty Banafe dah macam ratu jamu pada malam ASK 2011. Kami perasaan wajahnya macam ada perubahan. Mmmm Betty, ada buat apa-apa ke pada wajah tu?


Rasanya kurang sesuai Anahita Bakavoli memakai skirt pendek paras peha yang dipadankan bersama stokin hitam seperti ini. Apa kata cuba  bergaya dengan dress labuh yang ringkas. Mungkin kejelitaan akan lebih terserlah. Kasut dan rambut juga mungkin memerlukan sedikit perhatian ya lain kali.

credit gambar Sheila Amzah: FB ASK 2011

Alamak Sheila, rasanya gaya ni kurang sesuai buat awak kerana gaya ini hanya menyebabkan Sheila nampak sedikit tua.