Semalam pemilik-pemilik laman twitter dikejutkan dengan kenyataan demi kenyataan berani mati Nabila Huda di laman twitternya yang mendedahkan keburukkan suaminya Zaidi Zailandi atau Eddie.
Akhabar Harian Metro hari ini mendapatkan kenyataan dari Nabila Huda:-
Nabila mengaku dia 'naik hantu' dengan bekas suaminya kerana terkilan apabila tidak henti-henti dihimpit cerita negatif oleh Eddie yang turut mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada Keisha Laila.
"Saya kesal dan terkilan apabila dia masih lagi bercerita mengenai saya dan tidak henti-henti memburukkan saya dengan berkongsi semua rasanya di twitter miliknya,"
"Dia juga sibuk bercerita kononnya saya lupa tanggungjawab sebagai ibu dan hanya mementingkan keseronokkan.
Jelas Nabila, dia masih berdiam diri sehinggalah semalam apabila Zaidi sekali lagi menghubungi ibunya kononnya ingin mengambil Keisha yang baru saja empat hari di bawah jagaannya.
"Sebelum ini tiga minggu saya tidak bertemu Keisha kerana terikat dengan jadual penggambaran yang padat dan peluang bercuti seperti ini pastinya saya cuba untuk luangkan dengan Keisha.
"Tapi dia sengaja mencabar kesabaran saya dan macam mencari masalah apabila sibuk menghubungi ibu agar saya memulangkan semula Keisha kepadanya.
Bagaimanapun Eddie enggan mengulas panjang lebar katanaya:-
"Saya masih berpegang pada kata-kata bapa mentua iaitu sabar itu mulia. Cukuplah sampai sini,"
No comments:
Post a Comment