Rupa-rupanya ketika mereka digandingkan sebagai pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24, Ogy banyak memendam rasa dengan Johan.
Dalam kenyataan di Pancaindera, Ogy mendakwa Johan tidak menghormati dirinya sebagai orang yang lebih tua, malah tambah parah lagi apabila Johan turut mempersendakan arwah orang tuanya.
Dek kerana terasa hati dengan sikap Johan, Ogy nekad menyaman Johan malah tidak akan melayan permohonan maaf Johan.
"Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment