nuffnang ads

Monday 21 November 2011

FASHA SANDHA BUAT BANGLO, FAEZAH ELAI DAPAT BANGLO

Aktres kontroversi Fasha Sandha telah mendedahkan di dalam laman twitternya semalam, rumah banglo baru miliknya yang dibuat khusus untuk ibu bapa serta adik beradiknya.
Sikap Fahsa yang tidak berkira dengan keluarga dan sentiasa mendahulukan mereka dalam segala hal memang patut dipuji. 
Bagaimanapun, berapa nilai banglo dan di mana lokasinya tidak pula diketahui.

Inilah banglo yang dikatakan bakal menjadi milik orang tua Fasha.


Sementara itu, demi cinta kepada isteri tersayang, pengarah Heykal Hanafiah pula menghadiahkan sebuah banglo bernilai RM 1.5 juta buat isterinya Faezah Elai. Lokasi banglo berkenaan dikatakan terletak di Kajang. Beruntung Faezah kerana ditemukan dengan lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Semoga perkahwinan mereka berakhir hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment