nuffnang ads

Thursday 3 November 2011

10 PERKAHWINAN PALING SINGKAT HOLLYWOOD

Keputusan untuk bercerai yang dibuat personaliti Keeping Up With Kardashian, Kim terhadap suaminya Kris Humpries cukup hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Bagaimanapun, Kim Kardashian bukanlah selebriti pertama yang melalui kehidupan rumah tangga dalam tempoh yang singkat. Jom lihat 10 Perkahwinan Paling Singkat Selebriti Hollywood!



Britney Spears vs Jason Alexander


1. Menduduki tangga pertama penyanyi sensasi, Britney Spears. Britney berkahwin dengan sahabat ketika zaman kanak-kanaknya Jason Alexandar pada 2004. Mereka berkahwin di Las Vegas tetapi perkahwinan itu cuma bertahan 55 jam sahaja!


Carmen Electra vs Dennis Rodman

2. Pelakon seksi siri Baywatch, Carmen Electra memilih bintang bola keranjang, Dennis Rodman sebagai suaminya. Mereka berkahwin di Las Vegas, pada 1998 namun perkahwinan itu hanya bertahan 9 hari.


Eddie Murphy vs Tracey Edmunds

3. Selepas kira-kira dua minggu berkahwin, pelakon komedi terkenal Eddie Murphy mengambil keputusan bercerai dengan isterinya Tracey Edmunds. Mereka berkahwin di Bora-Bora.


Drew Barrymore vs Jeremy Thomas

4. Pada 1994, pelakon Charlies Angel ini membuat keputusan yang singkat untuk berkahwin dengan pemilik sebuah bar ketika dia berusia 19 tahun. Mereka hanya menjadi suami isteri selama 17 hari saja.


Kim Kardashian vs Kris Humpries

5. Perkahwinan bernilai USD 10 juta yang mendapat publisti meluas ini hanya bertahan 72 hari. Kim membuat keputusan ini selepas berfikir masak-masak kerana suaminya yang merupakan seorang pemain bola keranjang tidak bekerja kerana mempunyai masalah dengan NBA.


Lisa Marie Presley vs Nicholas Cage

6. Ogos 2002, Nicholas Cage membuat keputusan menikahi Lisa Marie Presley. Bagaimanapun menceraikannya 108 hari kemudian. Cage berkata dia tidak sepatutnya berkahwin dengan pewaris Elvis Presley itu.


Jennifer Lopes vs Cris Judd

7. Memilih untuk berkahwin dengan penarinya sendiri pada 2001. Tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan empat bulan sahaja.


Renee Zelweger vs Kenny Chesney

8. Perkahwinan pelakon cantik ini dengan suaminya yang juga seorang penyanyi lagu country hanya berjaya diselamatkan empat bulan saja apabila aktres itu memfailkan penceraian atas alasan penipuan.


Pamela Anderson vs Kid Rock

9. Perkahwinan kedua bintang seksi ini dengan Kid Rock hanya bertahan empat bulan saja. Kid Rock tiba untuk memfailkan penceraian mereka 53 minit lebih awal dari Pamela.


Shannen Doherty vs Ashley Hamilton

10. Lima bulan adalah tempoh perkahwinan pelakon siri popular Charm ini. Mereka berkahwin pada 1993. Sebelum itu Doherty juga pernah berkahwin.



















No comments:

Post a Comment