nuffnang ads

Saturday 5 November 2011

CORAT CORET ASK 2011

Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung semalam macam kurang asam dan garam. Lemau semacam. Punyalah ramai penonton tapi diorang macam tak sporting, tak ramai yang nak bertepuk dan bersorak. Persembahan pun tidaklah hebat sangat, so-so jelah. Ramai yang puji puisi dendangan Datuk Rahim Razali paling best. Tapi lensa apam-manis sempat jugalah merakamkan beberapa gambar menarik.



Sebahagian peminat yang excited ambil peluang rakam gambar artis yang berjalan dekat red carpet.



Penonton yang datang memang tak mengecewakan. Sampai penuh semua tempat duduk dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ini. Tapi kenapa semua macam malas nak tepuk tangan je? 



Nasib baik ada Shaheizy Sam dengan Rosyam Nor. Sekurang-kurangnya penonton terhiburlah juga dengan lawak mereka yang menjadi malam tu.



Hai lah Syamsul Yusof, panas ke dewan tu sampai malam-malam pun nak pakai spec mata hitam. Macam kurang sesuailah pakai spec mata hitam tengah-tengah malam, lagipun depan tetamu kehormat pula tu.


Ini adalah peminat tegar Ziana Zain. Dia ni memang rajin pergi majlis hiburan. Tengok gaya dia, bukan main lagi. Tak nak kalahlah. Setaraf artis kaedahnya!




Anak ikan ke? Hahaha, jangan terkejut. Ini sebenarnya anak sulung  Rozita Che Wan bernama Ammar Effendy, 15 tahun,. Dia datang nak bagi support pada ibunya yang pertama kali jadi pengacara.



Sekalung tahniah buat Nadia Nisa yang menang kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem untuk filem Cun. Walaupun masih dalam pantang selepas sebulan melahirkan, Nadia tetap datang bagi support ditemani suaminya. Moden sungguh Nadia, belum habis pantang sudah berani keluar berjalan-jalan.






No comments:

Post a Comment