Misteri kehilangan penyanyi yang sering mendapat jolokakan Diva ini akhirnya terjawab dalam akhar Harian Metro hari ini. Adik Anita, Noorkumalasari kata kakaknya pernah beritahu hasrat untuk pulang ke Amerika Syarikat.
"Itu yang Kak Nita beritahu saya apabila saya bertemunya di Kuala Lumpur kira-kira sebulan lalu. Kak Nita ada cakap dia mahu pulang ke AS kerana kontrak dengan Astro sudah habis,"
Kononnya kehilangan Anita Sarawak juga ada kena mengena dengan masalah rumah tangga tetapi Noorkumalasari tidak mengetahui isu itu sebab tidak pernah bertanyakan hal rumah tangga kepada kakaknya.
Sementara itu, sumber Astro pula tak mahu mengulas mengenai kontrak Anita dengan memberi alasan perkara itu terlalu peribadi.
"Tunggulah saja sehingga kepulangan Kak Nita semula ke Malaysia. Kami sendiri tidak tahu bila. Apa pun kalau ada pihak mahu menghubunginya atas urusan rasmi, Kak Nita boleh dihubungi menerusi emel,"
No comments:
Post a Comment