Percintaan yang tidak berakhir ke jenjang pelamin itu dihebahkan Abby sendiri menerusi blognya.
Hujung minggu lalu pula, dua akhbar perdana Berita Minggu dan Mingguan Malaysia sama-sama memaparkan kisah pasangan ini. Berita Minggu berjaya mendapatkan kenyataan dari Zul manakala Mingguan Malaysia pula menyiarkan kenyataan di pihak Abby.
Dalam kenyataannya kepada Berita Minggu, Zul mendedahkan dia tidak suka dengan cara Abby yang suka berkongsi cerita peribadinya di blog.
"Saya sukakan privasi dan tak nak bikin kecoh. Saya memang tak setuju cara dia meluahkan dalam blog. Hakikatnya orang di luar sana tidak tahu gambaran sebenar dan pantas jatuh hukum meletakkan persepsi itu dan ini."
Apabila ditanya pula perasaannya terhadap Abby. Ini kenyataan Zul mengenai Abby.
"Kalau tak sayang, hubungan kami takkan sampai ke tahap ini. Cuma saya lebih suka kalau ada masalah dalam sesebuah perhubungan, lebih afdal dibawa berbincang. Saya memang sayangkan hubungan ini cuma pada akhirnya tipulah kalau ada antara kita yang tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang kita perlu ada masa untuk diri sendiri,"
Dalam kenyataan Abby Abadi kepada Mingguan Malaysia menerusi sisipan Pancaindera Abby pula memberitahu hubungan mereka sebenarnya masih tergantung.
Ditanya tentang status hubungan Abby dengan Zul, wanita ini mengatakan dia selesa dengan istilah 'tergantung'.
"Biarlah orang tahu yang kami ini berkawan dan saling berhubung antara satu sama lain,"
Bagaimanapun sepanjang tiga tahun berkawan, Abby mengaku Zul banyak menggembirakan hidupnya.Cuma dia kecewa kerana tak nampak usaha Zul untuk mencarinya.
“Saya berani cakap bahawa Zul banyak menggembirakan saya sepanjang tiga tahun kami bersama. Dia pendengar setia terutama ketika saya berdepan dengan situasi ‘sakitnya dikhianati’.
“Mungkin dalam keadaan saya yang tak nampak apa yang berlaku pada masa depan, tanpa disengajakan saya mencoretkan apa yang bermain dalam fikiran saya di blog.
“Setelah tiga minggu kami tidak berjumpa dan saya sendiri tak nampak sebarang usaha daripada dia untuk mencari saya. Iyalah, masing-masing sibuk dengan kerja dan membuatkan saya rasa semakin terpinggir.
“Inilah masa paling kritikal. Kami diduga dalam hubungan ini sebab sebelum ini tak pernah berpisah lama. Biasanya, selang sehari, pasti bertentang mata. Jadi bila berlaku jurang itu dan dengan tidak sengaja saya telah melakukan kesilapan,”
No comments:
Post a Comment