nuffnang ads

Friday 18 November 2011

LIMA PELAKON WANITA BARU JADI REBUTAN STESEN TELEVISYEN

Kalau anda memang sentiasa melekap di depan TV.
Anda mesti perasaan wajah lima pelakon wanita baru yang kini semakin menjadi buruan ramai penerbit drama dan filem. Jom kita tengok siapakah lima pelakon wanita yang kini menjadi anak emas stesen televisyen dan juga penerbit filem

Neelofa

1. Berada di tangga pertama adalah Neelofa. Namanya mula menjadi sebutan selepas memenangi Dewi Remaja. Filem pertama lakonannya ialah Azura 2011. Dengarnya Neelofa antara pelakon baru yang paling banyak diintai produser.

Siti Saleha

2. Siti Saleha sebenarnya sudah lebih tiga tahun berlakon. Dia pernah berlakon dalam Ustaz Amirul. Tetapi namanya mula melonjak selepas berlakon di samping Aaron Aziz dalam drama Nora Elena.

Tasha Shilla

3. Dia ni pun antara wajah yang laku. Rezeki Tasha mula mencurah selepas dia muncul dalam drama bersiri Gemilang. Selepas Gemilang, dia muncul pula dalam slot Samarinda berjudul Sahara.

Izara Aishah

4. Yang ini pun bekas Dewi Remaja juga. Selepas menjayakan slot Zehra di TV3 untuk drama Keranamu Laila. Izara mula jadi perhatian. Selepas itu dia berpeluang pula membintangi drama Soffiya, lagilah mencanak-canak popularitinya.

Nur Fathia

5. Peminat mula perasan kewujudan Fathia selepas drama bersiri Hani. Dia pegang watak gadis buta. Fathia pernah menimbulkan kontroversi kerana membaling Along Kamaluddin dengan handphone. Hebat tak?




No comments:

Post a Comment