nuffnang ads

Saturday, 19 November 2011

TEMAN LELAKI TAK NAK BERTANGGUNGJAWAB BOYOTKAN ARTIS

Dipetik dari akhbar Berita Harian

KASIHAN sungguh nasib aktres yang melarikan diri ke Bali bagi menyorokkan perutnya yang semakin memboyot, seperti yang pernah disiarkan dalam ruangan ini Isnin lalu.

Cik Normah simpati bukan sebab Cik Normah sokong tindakan aktres tak berapa muda yang mengandung anak entah sesiapa tu. Apa yang membuatkan Cik Normah bersimpati kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab ke atas aktres berkenaan. Cik Normah tak tahulah pula jika aktres ini sudah pun berkahwin dengan lelaki itu, tetapi menyorokkan status dirinya yang sebenar.

Tapi dari segi logik akal, kenapa dia membawa diri ketika sedang mengandung? Takkanlah pergi berbulan madu sampai tak balik-balik kot!

Nak kata penerbit tak mahu ambil berlakon, Cik Normah tengok pelakon hamil lain OK saja. Ada saja muka mereka terpampang di kaca televisyen walaupun tengah sarat.

Berbalik kepada kisah simpati tadi, aktres itu memang kusut gila sebab teman lelakinya enggan menjadi bapa kepada anak yang dikandung. Alasannya, dia kata bukan dia yang menjadi punca aktres itu hamil.

Habis tu, yang engkau duduk bertempek dengan aktres itu selama ini apa ke bendanya? Lelaki tak guna itu boleh pula kata dia bukanlah satu-satunya lelaki yang ditiduri aktres berkenaan.

Sesetengah lelaki memang tidak berguna. Sedap-sedap engkau ratah dia, musnahkan kehidupannya, senang saja cakap yang engkau bukan orang yang bertanggungjawab ya? Maknanya, murah sangatlah aktres itu sampai boleh tidur dengan sesiapa saja?

Itulah jadinya kalau senang sangat percaya janji lelaki. Sebelum buat, gunung-ganang dijanjikan. Bila jadi macam ini, terus larikan diri. Tapi pada waktu sama, padan juga dengan aktres yang berlagak ini. Padahal, orang tuatua sudah lama tinggalkan pesanan, beringat sebelum kena.

No comments:

Post a Comment