Dalam ruangan Normah Becok akhbar Berita Harian, Lisa dan Yusry dikatakan akan berkahwin pada penghujung Februari depan. Astro pula akan menjadi penyiar rasmi mereka.
Bagaimanapun Lisa menafikan desas desus berkenaan
"Mungkin pasangan lain gamaknya. Setahu Lisa hingga setakat ini, Abang belum ada perancangan untuk masuk meminang.
"Seperti diketahui, Abang memang serius mahu memperisterikan Lisa. Tapi masing-masing sibuk.
"Suka untuk Lisa sendiri bercakap dan menjawab mengenai hal ini termasuklah bila kami akan berkahwin. Kalau jodoh kami kuat mungkin boleh jadi 2012, 2013 atau tahun mendatang"
No comments:
Post a Comment