nuffnang ads

Thursday 17 November 2011

SCHA - AWAL PILIH MAC


Jika Lisa dan Yusry dikatakan bakal menamatkan zaman solo mereka pada penghujung Februari, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pula memilih Mac sebagai tarikh penyatuan mereka.

Di dalam laporan Berita Harian hari ini, Scha berkata setiap pasangan bercinta tentu mempunyai perancangan mahu berkahwin tetapi dia tidak boleh mengesahkan kesahihan khabar angin itu. Pernikahan mereka juga akan disiarkan di Astro yang bertindak sebagai media rasmi

"Kalau ditanya bab tarikh atau spekulasi tarikh ini, Scha sendiri tak boleh nak mengesahkannya kerana hal kahwin ini membabitkan banyak pihak termasuk keluarga.

"Kemungkinan kami berkahwin tahun depan itu juga ada. Tetapi lebih manis jika persoalan ini diajukan kepada pihak lelaki. Scha sendiri tak suka nak pukul canang perkara yang belum pasti hujung pangkalnya"

No comments:

Post a Comment